Zuraida melompat parti lagi, ini respon Presiden Umno

Oleh MHDAILY

Zuraida melompat parti lagi, ini respon Presiden Umno. Undang-Undang Lompat Parti Perlu Disegerakan

1. Apabila ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang pernah keluar dari PKR kemudian menyertai Bersatu dan kini keluar pula untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) ia memberikan seolah-olah sangat mudah kepada wakil rakyat di negata ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

2. Tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa-apa sahaja.

3. Tindakan ini sebenarnya menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik semakin terhakis. Ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat.

4. Tidak mustahil tanpa pindaan undang-undang disegerakan krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi akan semakin rendah pada pilihan raya umum akan datang.

Zuraida melompat parti lagi, ini respon Presiden Umno

Zuraida melompat parti lagi, ini respon Presiden Umno

5. Perdana Menteri perlu melihat perkara ini serius dan tidak lagi berkompromi kepada mana-mana melompat kemudian kekal jawatan menteri kabinet.

6. Ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang lompat.

7. Ramai lagi ahli parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Menteri yang dipegang oleh Zuraida.


BACA:

Habis ‘comot’ Uqasha Senrose main lumpur, sekali lain pula yang netizen perasan

Najib nak jam tangan, Rosmah mahu gelang berlian

Belum ‘settle’ isu ayam, harga ikan pula naik mendadak

Leave a Comment