Zulin Aziz dah cerai? Rupanya ini punca bercerai selepas setahun kahwin

Oleh MHDAILY

Zulin Aziz dah cerai? Rupanya ini punca bercerai selepas setahun kahwin.

BARU setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah sudah bercerai dengan suaminya Farhan Norzaini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.

Zulin Aziz dah cerai? Rupanya ini punca bercerai selepas setahun kahwin

“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.

Perkongsian Zulin di Instagram mengejutkan orang ramai.

zulin aziz 2

“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” katanya.

Zulin menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar hari pernikahan mereka.

Menerusi ruangan komen ramai yang memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut memandangkan pasangan ini selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama.

Untuk rekod Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.

BACA:

Digelar neraka dunia! Ini 10 tempat paling panas di dunia yang ramai tak nak singgah

“Yang hamilkan orang lain, aku pula yang diminta bertanggungjawab rupanya ini dia buat lepas putus dengan aku”