Zul Yahya ada masalah ke? Netizen perasan makin kurus, akhirnya tuan badan buka cerita sebenar. Ingatkah anda dengan drama bersiri Papaya di kaca TV?
Pelakon utama drama itu ialah Zul Yahya.
Jika dahulu nama Zul Yahya memang cukup terkenal kerana selalu memegang watak penting dalam mana-mana drama.
Perubahan yang dialami oleh Zul bukan hanya kepada pembawakan dirinya namun imejnya turut berubah yang kelihatan lebih selesa tampil berjubah dan berkopiah.
Rata-rata netizen menyokong perubahan Zul dan mendoakannya supaya terus istiqamah mencari jalan hidup lebih baik.
Kata orang, masalah utama bila melibatkan diri dalam dunia perniagaan kedai makan ialah berkaitan dengan pekerja atau staf. Ada sahaja masalah yang timbul sehingga memeningkan kepala tuan punya kedai.
Inilah yang menimpa nasib pelakon Zul Yahya yang mengusahakan kedai makan sendiri selepas tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.
Zul atau nama sebenarnya Zulkiffili Yahaya, 46, berkongsi perasaannya tentang sikap anak muda yang tidak serius dalam bekerja dan tidak bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rezeki masing-masing. Zul mengusahakan kedai makan sendiri yang terletak di Meru, Ipoh.
“Aku kurus bukan tak cukup makan. Aku mewah dengan makanan. Setiap masa aku boleh makan nak dengan tak nak je…
“Tapi layan kerenah pekerja-pekerja yang tak ada hala tuju membuat aku makan sehari sekali kadang-kadang dua hari sekali.
“Inilah masalah utama pengusaha kedai makan… Kalau ditanya semua pengusaha kedai makan, mereka semua pening dengan sikap pekerja.
“Kebanyakan budak Melayu. Budak sekarang jauh pemikiran mereka dengan budak-budak zaman aku dulu. Kerja nak cari ilmu walau susah pun, layan sampai senang. Kerja bukan nak layan nafsu…
“Apa-apa pun, usaha kena jalan terus. Aku berniaga bukan suka-suka macam korang suka-suka nak kerja. Dari berat 61 kg layan kerenah budak-budak Melayu, hari ni tinggal 53 kg,” tulis Zul Yahya dalam laman Instagram miliknya pada Khamis.
Namun di sebalik entri tersebut, ada pula netizen yang tidak bersetuju dengan entri dan gambar yang dimuat naik pelakon Gerak Khas The Movie ini.
Netizen mempersoalkan niat Zul memuat naik gambar badannya yang tidak berbaju, di samping menasihatkan supaya aktor itu tidak menyalahkan kaum semata-mata.
Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.
Difahamkan Zul kini sibuk menguruskan perniagaan kedai makan steamboat miliknya di Meru Raya, Meru, Perak. Terdahulu viral sebuah video Zul Yahya berkongsi pengalaman penghijrahan dirinya dan keluarga di laman internet.
Menerusi laman sosial Zul kerap mengikuti dan menyertai ceramah-ceramah agama semenjak beberapa tahun tidak lagi aktif dalam dunia seni. Dia hanya mampu berharap perkongsian yang tidak seberapa itu mampu menjentik naluri yang mendengar untuk turut sama berubah ke arah yang lebih baik.
BACA: