Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, berkongsi pengalaman pahitnya ketika dicurangi seorang lelaki dalam temu bual bersama Bambam Studio.
Menurut Zarina, lelaki tersebut pernah menjalinkan hubungan dengan wanita lain sehingga wanita itu hamil.
“Dia mengandungkan perempuan itu, lepas tu dia tak nak bayar,” kata Zarina.
Pelakon berusia 36 tahun itu turut mendedahkan bahawa wanita tersebut pernah cuba menghubunginya secara peribadi.
“Perempuan itu telefon dan DM (direct message) aku,” jelas Zarina.
Namun, Zarina tidak terkesan dengan tindakan tersebut dan menegaskan bahawa lelaki itu bukanlah milik wanita tersebut.
“Tapi dia tak nak juga dekat kau bukan? Dia dengan kau ke sekarang, tidak bukan? Sia-sia kau mengandungkan anak dia.”
Enggan Bergaduh Kerana Lelaki
Zarina, yang lebih mesra disapa Anju, turut menekankan bahawa dia tidak pernah berniat untuk bergaduh dengan wanita lain hanya kerana seorang lelaki.
“Aku bukan jenis nak bergaduh dengan perempuan untuk jantan. Kalau kau boleh ambil, ambil lah.”
Baginya, jika seseorang itu benar-benar milik seseorang, dia akan menjaga batas dan tidak mengkhianati kepercayaan.
“Kalau dia milik awak, dia akan jaga batas dengan perempuan lain.”
Kisah Perkahwinan Zarina
Sebagai rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki dari Brunei pada tahun 2015, tetapi perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awangki Gabriel Martin Ezra, kini berusia tujuh tahun.
Zarina kemudiannya berkahwin dengan Eliyas Azhar pada Julai 2020, namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2 Mei 2021.
BACA: “Saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan suami lama, dah terputus”