Zarina akui selagi dia tak capai berat 55KG tunang tak nak kahwin. Umum mengetahui, pelakon Zarina Anjoulie kini sedang meniti fasa bahagia selepas mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Datuk Seri Khazrul Alzey.
Baru-baru ini, perkongsian Zarina atau lebih mesra disapa Anju menjadi perhatian apabila berseloroh mengatakan tunangnya tidak akan mengahwininya selagi tidak mencapai berat badan 55 kilogram.
“Tunang cakap kalau selagi tak sampai 55 kg, dia tak nak kahwin lagi guys,” tulisnya.
Menerusi video dikongsikannya itu, Anju turut berkongsi berat terkininya yang baru mencapai 58.7kg serta meminta tunangnya itu bersabar.
View this post on Instagram
Perkongsian Anju itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan pelakon itu yang dilihat semakin kurus.
Dalam pada itu, ada juga yang kurang senang dengan syarat yang diberikan oleh tunang Anju serta mengatakan jika sayangkan seseorang terima individu itu seadanya.
BACA: