Zara Zya akhirnya buka mulut jelas hubungan ‘istimewa’ dengan Shuib. Masih menjadi perbualan dan persoalan ramai, pelakon popular Zara Zya tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungannya dengan usahawan dan pelawak terkenal, Shuib sebaliknya meminta netizen mendoakan yang terbaik buatnya.
Tidak bosan dengan hal itu, Zara Zya atau nama sebenar Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 37, berkata dia memahami netizen terlalu prihatin terhadapnya dan sentiasa ingin mengetahui tentang dirinya tambah pula dalam hal percintaan.
“Saya memang tidak mahu ulas panjang mengenai hal tersebut.
“Namun saya faham ramai yang nak tahu tentang saya. Selagi masih tiada kata putus, orang masih nak tahu tentang hubungan cinta saya,” katanya
Pada masa yang sama, pelakon terkenal dari naskah Pia itu turut berkongsi rancangannya untuk membuka cawangan terbaru kedai minuman berasaskam madu iaitu Bumble Bee tak lama lagi.
Rancangan tersebut menjadikan tanda tanya orang ramai susulan hubungan yang mesra dan juga sering keluar dalam video bersama Shuib.
“Jadi, apa yang boleh cakapkan ialah doa yang baik-baik untuk saya.
“Satu perkara yang pasti ialah saya akan buka sebuah cawangan kedai minuman Bubble Bee tidak lama lagi,” katanya.
Sebelum ini namanya sering disebut sebut apabila acap kali muncul bersama Shuib dalam video yang diupload di medsoc masing-masing.
Biarpun seperti sudah mendapat ‘restu’ netizen sekiranya ditakdirkan bersama, mereka menjelaskan hubungan mereka sekadar sahabat dalam industri seni mahupun usahawan, bukannya bercinta seperti yang dicerita umum.
BACA:
Tokti keluar RM10,000 sebulan untuk belanja sekolah Aafiyah dan Afwa
Cuaca terlalu panas buat landasan cair, Britain henti penerbangan
Perodua Alza baharu dilancar, harga buat orang ramai tak senang duduk