Yang pakai Camry derma kepada yang pakai Mercedes….

Yang pakai Camry derma kepada yang pakai Mercedes….

Macam ini sajalah supaya mudah faham.

Pahang kaya dengan balak, bijih dan musang king. Kerana pembalakan dan perlombongan lah banjir semakin tahun semakin teruk.

Dari dulu sampai sekarang Umno perintah Pahang. Dua Perdana Menteri anak beranak datang dari Pahang.

Terengganu kaya dengan petroleum dan gas. Balak pun boleh tahan. Diperintah silih berganti oleh Umno dan Pas.

Kelantan banyak balak. Pembalakan punca banjir dan pencemaran sumber air. Negeri kedua termiskin di Malaysia ini diperintah oleh Pas kecuali dua penggal oleh Umno.

Sekarang ketiga-tiga buah negeri itu adalah sekutu kerajaan Melayu-Islam Perikatan Nasional (PN) yang sangat benci kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Tapi bila Selangor, negeri yang diperintah oleh PH, yang ada DAP di dalamnya, bagi duit bantuan banjir mereka terima pula.

Kalau PH tak bagus dan DAP “babi”, tak payahlah terima. Silap-silap makan duit haram. Atau guna duit derma untuk diri sendiri. Orang yang berselindung di sebalik agama dan bangsa ni bukan semua boleh percaya.

Exco Selangor pakai Toyota Camry tapi Exco Kelantan dan Terengganu pakai Mercedes. Selera dan gaya hidup ketua-ketua Pas ini cukup tinggi.

Wallahuaklam.Terima kasih. – FB