Yang dah ada gaji k’jaan beri lagi RM500, yang tiada gaji macamana? – Tun M

Yang dah ada gaji k’jaan beri lagi RM500, yang tiada gaji macamana? – Tun M

AHLI Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan kerajaan memberi bantuan sebanyak ‘RM500’ kepada kumpulan yang mempunyai gaji dalam Belanjawan 2021.

Menurut Dr. Mahathir, adalah lebih wajar wang tersebut diberikan kepada kumpulan tiada pendapatan akibat kehilangan pekerjaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Lockdown menekan rakyat yang miskin sehingga ada yang kehilangan pendapatan sama sekali. Mereka tidak pun dapat makan.

“Sebaliknya ramai orang yang bergaji terus mendapat gaji penuh. Biasanya gaji kebanyakan dari mereka lebih tinggi dari menampung keperluan hidup. Dan Kerajaan akan tambah RM500 sekaligus kepada mereka.

“Apa perlunya Kerajaan menambah pendapatan mereka apabila gaji mereka lebih dari mencukupi membiayai keperluan hidup mereka,” kata Dr. Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam Perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Pandangan itu dipercayai ditujukan terhadap Bantuan Khas Kewangan bernilai RM600 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah di bawah Belanjawan 2021.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir sekali lagi mecadangan supaya gaji Menteri dikurang 30 peratus.

“Dalam zaman Covid-19, saya tak fikir Menteri akan kebuluran kerana dikurangkan gaji 30%.

“Sebaliknya terdapat ramai yang tidak ada pendapatan sama sekali kerana tidak bekerja atau berniaga lagi.

“Dan bagi mereka keluarga akan turut menderita. Mungkin tidak 30%. Mungkin hanya 10%,” kata Dr. Mahathir.-SM

Sumber : https://suaramerdeka.com.my/belanjawan-2021-apa-perlunya-beri-rm500-kepada-mereka-yang-bergaji-tun-m/

COMMENTS