Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP. Selain pelancaran rasmi dibuat pada 20 Julai lalu, ASEAN NCAP turut mengumumkan keputusan penilaian yang dibuat terhadap model serba baharu Perodua Alza 2022.
Model MPV itu telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penilaian di mana ia memperoleh penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.
Alza baharu merupakan model keempat yang dinilai di bawah protokol 2021-2025 semasa yang terdiri daripada empat kategori penilaian; Perlindungan Penghuni Dewasa (Adult Occupant Protection/AOP) di mana ia mencapai 36.20 mata, Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (Children Occupant Protection/COP) dengan 16.88 mata.
Bagi kategori Bantuan Keselamatan (Safety Assist/SA) pula, model Alza telah mendapat 18.57 mata dan 10.00 mata bagi kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcycle Safety/MS).
Keputusan itu telah mendapat pujian daripada Ketua Pengarah MIROS, Yang Berhormat Dato’ Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.
Beliau yang juga Setiausaha Agung ASEAN NCAP berbangga kini jenama tempatan sangat mengambil berat dalam menjaga keselamatan para penggunanya serta pengguna jalan raya lain.
“Dengan pelancaran Alza baharu, Perodua telah menunjukkan semangat dan semangat berterusan mereka untuk keselamatan pengguna jalan raya—bukan sahaja untuk keselamatan pelanggan dan keluarga mereka tetapi juga pengguna jalan raya lain. Oleh itu, saya menggalakkan lebih banyak pengeluar kenderaan untuk menunjukkan minat yang sama juga dengan membangunkan kereta yang mempunyai teknologi keselamatan yang diperlukan sambil kita bekerjasama memenuhi sasaran mengurangkan separuh kematian jalan raya di rantau ini.”
Perodua Alza 2022 dilengkapi dengan kelengkapan standard 6 beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang. Selain itu, model itu turut dipasang dengan sistem Autonomous Emergency Braking (AEB), teknologi Auto High Beam dan Pedestrian Protection sebagai standard di semua variannya.
Ia juga menawarkan teknologi bantuan keselamatan terkini lain sama ada sebagai kelengkapan standard atau pilihan iaitu Pengesan Titik Buta (BSD) yang dipasang pada kedua-dua belah kenderaan, Lane Departure Warning (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FWC) dan Lane Keep Assist (LKA).
BACA:
M. Nasir ubah kerjaya pula, kini jadi pemain Mobile Legends
Adi Putra akui dirinya ‘mahal’
Ativa Hybrid dah sampai! Orang ramai teruja tengok atas lori