Warga emas Terengganu dapat pencen RM50 sebulan

Warga emas Terengganu dapat pencen RM50 sebulan

Kerajaan Terengganu dilaporkan meluluskan pemberian wang pencen sebanyak RM50 sebulan kepada warga emas yang layak serta cukup syaratnya.

Menurut portal Harakah Online yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, pemberian wang pencen kepada warga emas adalah sebagai memenuhi janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu.

“Skim ini hanya dibuka kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tiada sumber pendapatan tetap lain.

“Penerima akan ditentukan melalui analisis data yang ada di pejabat daerah.

“Bakal penerima pencen dipastikan bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-mana agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Perkeso dan penerima pencen sedia ada,” katanya seperti dipetik portal itu.

Hanafiah berkata, borang permohonan skim pencen warga emas itu akan diedarkan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Tiada butiran lain yang diberikan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551811

COMMENTS