Warga emas diperdaya dengan suntikan vaksin Covid-19 ‘palsu’

Oleh MHDAILY

Keadaan hidup yang semakin terdesak menyebabkan seorang jururawat di India tergamak menipu pasangan warga emas dengan memberikan suntikan vaksin Covid-19 palsu dan turut melarikan barang kemas seberat 80 gram milik mereka.

Jurucakap polis pada Isnin memaklumkan suspek dikenali sebagai Anusha telah ditahan pada Ahad beberapa jam selepas pasangan di Lalitha Nagar, Hyderabad itu membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Menurut K Laxman, 80, dan isterinya, Kasturi, 70, suspek yang sebelum ini menyewa berhampiran rumah pasangan terbabit menawarkan untuk menguruskan vaksinasi tersebut.

Baca Artikel Penuh