Warga asing punyai RM300000 simpanan untuk hari tua, rupanya ini rahsianya

Oleh MHDAILY

Seorang pemuda baru-baru ini mengalami kejutan ketika diminta oleh seorang pekerja Bangladesh

Hanya untuk membantu mengeluarkan wang tunai sebanyak RM6,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah kedai serbaneka.

Namun, kejutan yang lebih besar berlaku apabila pemuda tersebut diminta untuk memeriksa baki akaun simpanan pekerja Bangladesh tersebut.

Warga asing punyai RM300000 simpanan untuk hari tua, rupanya ini rahsianya

“Lebih RM300,000, kalau tak silap tengoklah. Terasa merempat kat negara sendiri,” ujarnya mengenai jumlah yang tertera di skrin ATM seperti yang dilaporkan oleh MStar.

Pendedahan ini telah menimbulkan perbualan hangat di kalangan netizen, dengan ramai yang kagum terhadap disiplin kewangan dan cara menabung pekerja Bangladesh tersebut.

Komen-komen netizen menunjukkan bahawa pekerja asing sering mengamalkan gaya hidup sederhana, memanfaatkan pengangkutan awam, dan tekun menyimpan.

“Pekerja asing kebiasaannya rumah pun majikan sediakan, tak perlu bayar. Gaji mereka bersih tak guna pun. Yang aku nampak mereka beli macam tong-tong (kongsi) duit beli beras, tepung, dan minyak. Masak sendiri kat rumah,” kata seorang netizen.

Beberapa netizen mencadangkan agar pemuda tersebut menyediakan kelas berbayar kepada pekerja Bangladesh tersebut untuk mengajar mereka cara menggunakan mesin ATM dengan mahir. Ada juga yang memberi amaran agar berhati-hati ketika membantu orang lain mengeluarkan wang dari akaun simpanan, kerana terdapat risiko dan bahaya yang mungkin timbul.

“Mungkin ada yang jujur, tapi ini modus operandi sindiket-sindiket dan secara langsung, awak boleh jadi kambing hitam atau suspek utama kalau nasib tak baik,” kata seorang netizen sebagai peringatan kepada orang ramai.

Sementara itu, pemuda tersebut tidak mendedahkan pekerjaan sebenar pekerja Bangladesh tersebut atau tempoh perkhidmatannya di Malaysia.

Pendedahan ini telah menimbulkan reaksi yang bercampur dari masyarakat dalam talian, mencetuskan perbincangan dan refleksi terhadap amalan kewangan di kalangan pekerja asing di Malaysia.

BACA: “Masa ayah koma, keluarga ayah senyap-senyap tukar hak milik syarikat dan ambil duit company, itulah pertama kali aku nampak ibu menangis”