Wanita warga emas ditahan selepas guna wang mainan untuk beli barangan harian

Oleh FAHMI ABBAS

Seorang wanita berusia 78 tahun ditahan pihak berkuasa selepas tertangkap menggunakan wang kertas mainan untuk membeli barangan keperluan asas.

Menurut Ketua Polis Tempeh, Inspektor Samsul Arifin, wanita tersebut, Kunci Wasiawati, dilaporkan menghabiskan sekitar 390,000 rupiah

(lebih kurang RM110) di sebuah kedai runcit yang terletak berhampiran rumahnya.

Pemilik kedai tersebut mula curiga apabila wang yang diberikan oleh wanita itu kelihatan agak ganjil.

Setelah pemeriksaan lebih lanjut, ternyata wang tersebut adalah wang mainan, bukan wang palsu, namun bentuk dan coraknya hampir serupa dengan wang sebenar.

Wanita warga emas ditahan selepas guna wang mainan untuk beli barangan harian

Selain itu, pihak polis turut menemui sejumlah besar wang mainan dalam simpanannya, dengan jumlah yang mencapai jutaan rupiah.

“Polis telah merampas 40 plastik yang berisi wang mainan dengan denominasi 1,000 rupiah (kira-kira RM0.27) dan 100,000 rupiah (lebih kurang RM28),” kata Inspektor Samsul.

Menurut pihak berkuasa, wang-wang mainan tersebut dibeli secara dalam talian.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

BACA: Tak puas hati dengan pemimpin Bersatu, exco Pemuda Bersatu nekad letak jawatan

2 thoughts on “Wanita warga emas ditahan selepas guna wang mainan untuk beli barangan harian”

Leave a Comment