Wanita terkejut lihat baki akaun bank RM4.1 bilion niat nak cucuk duit RM80 je

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Seorang wanita terkejut apabila mengetahui bahawa hampir $1 bilion (RM4.1 bilion) terdapat di dalam akaun simpanan bank miliknya.

Pada hari tersebut, Julia Yonkowski mendakwa bahawa dia pergi ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak $20 (RM80),

Dan dia amat terkejut apabila mendapati baki dalam resit menunjukkan jumlah sebanyak $999,985,855.94.

“Saya tahu kebanyakan orang menyangka bahawa ia bagaikan ‘loteri’ tetapi saya merasa ‘ngeri’ kerana itu bukan wang saya,” kata Yonkowski.

Menurutnya, dia juga telah membaca mengenai kes orang yang tidak sengaja menerima wang

Wanita terkejut lihat baki akaun bank RM4.1 bilion niat nak cucuk duit RM80 je

Atau mengeluarkan wang yang tiba-tiba masuk ke dalam akaun mereka, dan kemudian terpaksa membayarnya semula dalam jumlah yang sama.

“Saya tidak akan melakukannya kerana itu bukan wang saya,” katanya.

Pihak Bank Chase menjelaskan kekeliruan tersebut dengan mendakwa bahawa penyata tersebut bukanlah jumlah baki sebenar kerana jumlah tersebut tidak pernah dipindahkan ke dalam akaun wanita itu.

Baca juga: “Aku setuju jadi isteri kedua pensyarah tapi semestinya aku tak nak mak tahu, aku cuma beritahu ayah”