Seorang wanita memuat naik ketidakpuasan hati di media sosial selepas dia dikenakan caj RM91 untuk empat jenis lauk yang diambilnya.
Wanita berkenaan menunjukkan bukti resit dia dikenakan harga yang agak mahal dan lauk pauk yang diambilnya.
Dalam perkongsian di TikTok, wanita itu memberitahu dia mengambil tiga ketul ayam goreng, sesenduk terung balado,
sebungkus penuh daging dendeng yang dianggarkannya seberat 1 kilogram.
Dia juga membungkus tiga senduk siput sedut masak lemak cili api, dan dua ketul rendang ayam.
Resit yang ditunjukkannya tidak menyenaraikan harga bagi setiap lauk.
Jika dikira-kira, tiga ketul ayam goreng mungkin berharga RM18 jika seketul berharga RM6. Sesenduk terung sambal pula mungkin berharga RM5. Dua lauk ini dianggarkan berharga RM23.
Manakala boleh disimpulkan daging dendeng, siput sedut dan rendang ayam keseluruhan tiga lauk itu berharga RM68.
Seperti dijangka hantaran itu menerima pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang rata-ratanya berpendapat harga dikenakan adalah logik jika mengambil kira kuantiti lauk pauk yang dibungkus.
Pengguna berkata, makanan di restoran berasaskan makanan minang sememangnya agak mahal tetapi ia masih berpatutan.
“Daging sampai sekilo, ingat daging 5 ringgit sekilo ke ? hahahah dengan rempah semua . logik je harga macamtu. Mahal dekat daging,” kata warganet.
“Dapur minang memang macam tu kak. Tiga ketul ayam pun dah RM24,” kata individu lain.
Baca juga : Betul ke ibadah tak diterima selama 40 hari sebab buat dosa, tak payah solat?