Wanita tekejut ada ketulan dalam santan kotak, “baru je beli tadi”. Penggunaan santan kotak buat kaum wanita lebih memudahkan dan mereka tidak perlu ke kedai setiap kali mahu menggunakan bahan tersebut.
Namun pengguna harus sentiasa berwaspada dengan tarikh akhir pada kotak terutamanya sebelum membeli.
Pastinya kita tidak akan menggunakan bahan tersebut sekaligus, jadi penting untuk tarik akhir lebih lama.
Seorang pengguna Facebook, Norazura Hasan memuat naik gambar santan kotak yang dibeli dan menyoal pembeli sama ada santan ini masih boleh digunakan kerana tidak berbau lagi.
“Assalamualaikum sahabat semua, ni belum jadi nak masak lagi. Rancang nak buat nasi lemak,skali buka santan rupa macam ini.
“Tak tahulah nak masak ke tidak, bau elok lagi tapi bila buka ada ketulan,” katanya.
Rata-rata warganet mempersoal sama ada dia menggunakan separuh dan meninggalkan dalam suhu bilik.
Bagaimanapun wanita tersebut memaklumkan baru membuka selepas membelinya di kedai sehari sebelum itu.
Kebanyakan pengguna nasihatkan wanita itu untuk tidak menggunakan santan tersebut dan lapor kepada kedai yang dibeli.
“Kalau dah berubah rupa baik tak payah guna, bimbang memudaratkan,” komen Nik Surea.
“Bawa pergi kedai yang puan beli, kena tunjuk dekat mereka kalau tak mereka akan jual santan sama kepada pembeli lain,” ujar Zairani Ramlee.
Bab makanan ini perlu diberi lebih perhatian apatah lagi jika anda jenis yang membeli dalam kuantiti banyak sekaligus, lihat pada tarikh akhir kerana ianya selalu berbeza.
BACA:
Kecoh polis lepaskan tembakan dalam mesyuarat UMNO
Didakwa terlibat dengan pengubahan wang haram, SPRM beku akaun PPBM