Wanita redha adik kandung sendiri kahwin bekas suaminya. Satu hantaran Facebook tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kisah seorang wanita yang merestui bekas suaminya berkahwin dengan adik kandungnya sendiri, lapor laman berita Suara.com.
Gambar mengenai kisah tersebut dikongsikan oleh akaun Instagram @memomedsos. Ia turut menyertakan dua tangkap layar mengenai hantaran yang dimuat naik oleh akaun Facebook @Mama Aldy.
Pemilik akaun itu memuat naik dua hantaran yang mengucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik kandungnya.
“Adik kandungku, semoga kau selalu bahagia bersama bekas suamiku. Selamat menjalani hidup baharu,” tulis Mama Aldy.
Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Bekas suami wanita itu dilihat ketawa sambil merangkul pinggang adik wanita berkenaan.
Pada hantaran kedua, Mama Aldy juga berulang kali mengucapkan tahniah dan doa untuk mereka berdua.
“Saya ucapkan tahniah kepada bekas suami dan adik saya. Semoga awak bahagia selalu,” ujarnya.
Muat naik itu mendapat pelbagai maklum balas netizen di ruangan komen.
“Setelah berkahwin, anak wanita itu panggil ayah atau pak cik?” tulis seorang netizen.
“Kalau tak silap, adik wanita itu janda dan tinggal bersama kakaknya. Jadi, dia jatuh cinta dengan suami kakaknya. Mereka bercerai lalu bekas suaminya berkahwin dengan adiknya,” komen netizen lain.
BACA:
Habis ‘comot’ Uqasha Senrose main lumpur, sekali lain pula yang netizen perasan
Najib nak jam tangan, Rosmah mahu gelang berlian
Rupanya boleh ambil barang kepunyaan hotel sebelum ‘check-out’