Wanita nekad rogol lelaki, “hanya mahu buktikan dia bukan gay..” Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas tergamak ‘merogol’ seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dengan alasan mahu membuktikan kanak-kanak itu bukan seorang gay, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.
Lucy Hambley,40, menggunakan hubungan rapat dengan mangsa untuk mengambil kesempatan ke atasnya dengan melakukan penderaan seksual.
Menurut perbicaraan di mahkamah, mangsa mengadu kepada tertuduh bahawa dia risau kerana berasakan dirinya lebih tertarik kepada lelaki atau gay.
“Saya akan buktikan bahawa anda bukan seorang gay,” demikian keterangan yang disebut di mahkamah sebagai alasan kepada perbuatan rogol tertuduh.
Penderaan seksual itu berlaku hampir setiap hari dalam tempoh sembilan bulan antara 2018 dan 2019.
Mangsa dalam satu kenyataan berkata, perbuatan tertuduh telah ‘memusnahkan dirinya’ dan membuatkan dia berasa tidak berguna dan ‘bodoh’.
Tambah remaja berkenaan, trauma itu tidak pernah hilang dan dia hidup dalam ketakutan selama lima tahun.
Tertuduh diletakkan dalam senarai daftar Pesalah Seks seumur hidup dan perlu menjalani hukuman penjara lima tahun sebelum boleh dibebaskan dengan lesen parol.
BACA:
Kerajaan lulus tiga syarikat kredit beri pinjaman dalam talian
Gambar MK K-Clique pegang tangan teman wanita tular, rupanya kekasih anak kenamaan
Kerajaan denda RM100,000 jika tekan hon kereta..
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio