Ungkapan “masa bercinta, kentut pun berbau wangi” sering didengar ketika seseorang sedang dilamun asmara, di mana segala yang dilakukan pasangan dianggap indah belaka
. Namun, sebagaimana kata pepatah, sikap dan perangai sebenar seseorang hanya akan terserlah apabila sudah berkahwin dan tinggal sebumbung. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh pasangan yang baru berkahwin.
Di laman Twitter @confesstweetmy, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan geram terhadap sikap suaminya, meskipun perkahwinan mereka baru berjalan dua bulan
. Wanita tersebut mengungkapkan perasaannya dengan berkongsi masalah yang dihadapinya, yang berpunca daripada sikap suaminya yang amat pengotor.
“Husband saya pengotor. Tuala basah campak atas tilam, kencing bersepah (terpercik) bertitis atas tempat duduk tandas, dan kahak dekat sinki.
Saya geli, faham tak?” tulisnya dalam satu mesej di Twitter.
Walaupun usia perkahwinan mereka masih sangat muda, wanita ini tidak segan meluahkan rasa menyesalnya. “Saya baru kahwin dua bulan. Tapi sekarang rasa menyesal. Tak sangka dia pengotor. Kadang tak bercakap pun dengan dia sebab marah sangat. Macam mana nak tegur habit macam ni? Tolong!” luahnya.
Ciapan wanita itu mendapat perhatian ramai netizen dengan lebih 4,500 ulang kicau, di mana ramai yang memberi pandangan dan nasihat.
Rata-rata netizen menyarankan agar wanita tersebut berkomunikasi secara terbuka dengan suaminya.
“Baru dua bulan kahwin dah post masalah dekat sini. Communicate sajalah dengan dia elok-elok. Kalau buat diam, manalah lelaki nak faham kenapa kita marah? Tegur sajalah. Masing-masing improve mana yang kurang,” kata seorang netizen.
“Apa yang penting dalam rumah tangga adalah komunikasi. Tak bercakap dengan dia bukan penyelesaian.
Waktu mula-mula kahwin inilah nak cakap apa yang awak tak suka, dan insyaAllah dia boleh dengar dan berubah. Kahwin biar dengan orang sekufu, perhatikan lifestyle dan tabiatnya, dan perlahan-lahan tegur dari awal,” komen netizen lain.
Inilah realiti perkahwinan. Sebaik sahaja tinggal sebumbung, barulah kedua-dua pasangan mengenali perangai masing-masing.
Kejujuran dan komunikasi adalah kunci untuk membina rumah tangga yang bahagia. Dan yang penting, saling memberi ruang untuk berubah dan memperbaiki diri.
BACA: Siapa sangka, ikan yang ada dalam tin sardin dijual dengan harga RM6 juta!