Sepasang suami isteri terkejut apabila secara tiba-tiba penghantar makanan menghantar lapan set ayam goreng dua ketul ke rumah mereka.
Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan di TikTok@toyosan70, kelihatan reaksi bapa dalam keadaan kebingungan
ketika penghantar menyerahkan bungkusan makanan tersebut di pagar rumah, dengan menyebut penerima adalah Seri Rahayu.
Lelaki itu segera bertanya kepada isterinya, Seri Rahayu, mengenai pesanan tersebut, namun wanita itu memaklumkan tidak membuat sebarang pembelian dalam talian.
“Banyaknya! Siapa pesan ini? Isteri saya kata dia tak pesan.
“Betul ke ini alamatnya, bang (penghantar makanan)? Cuba abang semak semula,” kata lelaki itu.
Penghantar tersebut mengambil semula makanan dan membuat semakan alamat pada kawasan kejiranan lain,
@toyosan70 Bdk 6 tahun senyap² order foodpanda…😅🤣 #KongsiRezeki #Alhamdulillah ♬ original sound – Acap70
sebelum kembali semula ke rumah yang sama.
Selepas ‘disiasat’, rupa-rupanya anak pasangan tersebut yang berusia enam tahun adalah ‘dalang’ sebenar yang membuat pesanan lapan set ayam goreng menggunakan akaun dalam talian ibunya.
“Siap pilih ayam original. Tak apalah, Allah yang gerakkan untuk kongsi rezeki,” katanya.