Wanita lega tak perlu kongsi harta lepas tahu arwah suami selama ini ada madu

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Kalau mahu sangat jadi yang kedua, ketiga atau keempat, kahwinlah dengan cara yang betul dan pastikan perkahwinan didaftarkan.

Ini tidak, terlalu bangga menjadi yang kedua, bila ada kematian habis segala dokumen nak dikorek balik sebab tak daftar kahwin di negara sendiri.

Buat wanita di Singapura ini, dia hanya mengetahui mengenai madunya sepuluh hari selepas suaminya yang berusia 61 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kejadian yang berlaku pada akhir tahun 2023 mengejutkan balu tersebut selepas dimaklumkan bahawa suami ada isteri kedua yang dikahwini secara rahsia.

Menurut portal berita asiaone, wanita berusia 55 tahun itu tidak pernah mengesyaki suami yang dikahwini 30 tahun lalu malah membesarkan tiga anak bersama.

Wanita lega tak perlu kongsi harta lepas tahu arwah suami selama ini ada madu

“Kami mempunyai masa senang dan susah, sama seperti pasangan lain,” kata balu tersebut.

Selepas kematian suami, wanita tersebut membuka komputer milik lelaki itu dan menjumpai gambar dan sijil nikah dari Batam, Indonesia.

“Rasa macam ada orang tikam belakang saya, sakit hati saya. Saya telah meneliti pasportnya tetapi tiada cop yang sepadan dengan tarikh pada sijil perkahwinan mereka.

“Kemudian saya mendapat tahu akad nikah dilakukan melalui panggilan video,” ujarnya yang cuba menghubungi isteri kedua namun tidak dijawab.

Disebabkan kekeliruan mengenai harta, wanita itu bertanya sama ada dia perlu membahagikan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) suaminya dengan isteri kedua.

Wanita berkenaan kemudian bertanya sama ada dia perlu membahagikan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) arwah suaminya dengan isteri kedua arwah.

Pendaftar ROMM, Pasuni Maulan menjelaskan bahawa perempuan lain tidak mempunyai hak ke atas aset si mati.

Ini adalah kerana akad nikah itu tidak memenuhi kehendak undang-undang syariah dan perkahwinannya tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa.

Baca juga: ‘Aku jumpa resit pajak gadai barang kemas aku saat diijab kabul dahulu, saat lihat resit ini hati aku dah mati untuknya’