Baru-baru ini, sebuah video menunjukkan seorang pemandu menghadapi momen cemas apabila pemanduannya terjejas
oleh angin lintang dan hujan lebat di lebuh raya telah menjadi viral di laman TikTok.
Menurut hantaran @anna0001114 di TikTok, ini adalah kali pertama dia menyaksikan puting beliung bersaiz kecil.
Dia mengatakan kejadian tersebut berlaku di lebuh raya berhampiran Pagoh, Johor.
Dalam video itu, keluarga tersebut jelas panik dan terganggu oleh angin kencang yang tiba-tiba muncul.
“Puting beliung kecil tapi memang takut kalau lalu depan-depan. Seram juga. Allah baru jentik sikit tu,” katanya.
Dalam ruangan komen, ramai pengguna berkongsi tip jika berhadapan dengan angin lintang seperti yang dialami oleh pemandu tersebut.
“Sebagai co-pilot, cuba untuk diam dan teruskan berzikir dan berdoa banyak-banyak dalam hati agar pemandu tenang dan fokus pada pemanduan,” kata CikSeri.
“Ini angin lintang. Kawasan ini memang biasa berlaku angin,” kata Fluffy.
“Disarankan untuk diam dalam situasi seperti ini. Jeritan tidak membantu. Diam sahaja, pemandu tahu apa yang perlu dilakukan. Dia akan lebih peka jika situasi menjadi tenang dan sunyi,” nasihat seorang pengguna lain.
Pada masa penulisan artikel ini, video tersebut telah mendapat 5,164 likes dan lebih daripada 100 komen.