Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang anak perempuan berkongsi
Rakaman ‘perbualan mendalam’ bersama ayahnya, hanya sebulan sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
Dalam video tersebut, si anak bertanya satu soalan yang menyentuh hati, “Ayah takut tak nak hadapi ‘saat-saat’ itu?”
Ayahnya menjawab dengan penuh keikhlasan, “Saat itu memang Allah beri rasa. Nabi pun sakit.
Hadapi je lah, sekejap. Sekarang ni kepala pun macam kena gerudi. Kalau Allah tak tolong, memang teruknya.”
Ayahnya turut menambah, setiap ketentuan Allah adalah tanda kasih sayang-Nya.
“Allah tak aniaya kita. Allah kasih kat kita sebab Allah sayang. Kita banyak sebut nama Dia, walaupun kita bukan orang alim,” kata ayahnya.
@milaaahmad_♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx
Kemudian, si anak bertanya lagi, apakah nasihat atau pengajaran terbesar yang ayahnya pelajari sepanjang hidupnya. Jawapan ayahnya benar-benar membuka mata sesiapa yang mendengarnya dengan hati yang terbuka.
Lebih menyentuh perasaan, ketika mereka berbual, kedua-duanya kelihatan menitiskan air mata. Dalam nada yang bergetar, si anak sempat mengucapkan “Terima kasih” kepada ayahnya, yang dianggapnya sebagai sosok ayah terbaik buat anak-anak.
Ungkapan ringkas itu sangat bermakna kerana tidak semua orang berpeluang mengucapkan penghargaan ini kepada ibu bapa mereka sebelum terlambat.
Dalam satu lagi video yang dikongsi, si anak berkongsi detik-detik terakhir bersama ayahnya. Ketika itu, hanya dia yang berada di rumah, duduk di sisi ayahnya, mengajarkan dua kalimah syahadah.
“Waktu ni nampak ayah lain sangat. Rasa memang ayah akan pergi. Ayah baring atas riba. Hati rasa takut dan tak sedia nak hilang ayah, tapi cuba kuatkan hati,” tulis si anak.
Menyaksikan saat-saat itu, katanya, terasa seperti mimpi dan hingga kini masih terngiang-ngiang dalam ingatannya.
Inilah sebabnya kita perlu menghargai ibu bapa kita selagi mereka ada. Peluk mereka, tanya khabar mereka, dan luangkan masa bersama mereka.
@milaaahmad_Baru ada kekuatan nak kongsi pengalaman ni. Menyaksikan semuanya depan mata, sampai sekarang terkadang rasa macam mimpi. I could never forget all the days I spent with you. I wish to recreate the moments but they are impossible now, but I still have hopes to meet you again in the eternal world, the hereafter, Aamin Ya Rabb.
Percayalah, apabila mereka tiada lagi di sisi, rindu itu akan datang tanpa henti, dan waktu itu, kita hanya mampu berharap, “Kalaulah mereka masih ada…”
BACA: Sarawak bakal bina litar lumba taraf dunia, kedua terbesar di Malaysia