Wanita kecewa bapa malukan suami depan tetamu ketika beraya hanya kerana gaji bawah RM3000

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Antara amalan yang digalakkan semasa Aidilfitri adalah saling menziarahi dan menyambung silaturahim

Hari raya adalah masa terbaik untuk berkumpul dengan sanak saudara, sama ada yang jauh mahupun yang dekat, untuk berkongsi cerita dan bergurau senda.

Walau bagaimanapun, penting untuk memilih topik perbualan yang sensitifiti, supaya tidak menyebabkan sesiapa pun terasa hati.

Wanita kecewa bapa malukan suami depan tetamu ketika beraya hanya kerana gaji bawah RM3000

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi rasa sedihnya ketika pulang berhari raya ke rumah ibu bapanya. Ketika sanak saudara menziarahi keluarganya, bapanya membuka topik perbualan berkaitan gaji dan ekonomi.

Wanita itu berasa kesal apabila bapanya membandingkan gaji suaminya di hadapan keluarga lain. Dia terdengar bapanya mengatakan bahawa gaji sebesar RM3,000 pun tidak mencukupi untuk hidup. Bapanya menggunakan suaminya sebagai contoh dan membandingkannya dengan orang lain di hadapan keluarga.

Walaupun gaji suaminya tidak sebesar gaji keluarga lain, wanita itu mengakui bahawa suaminya tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Suaminya bekerja di kampung manakala dia sendiri menjadi suri rumah.

Wanita itu berkongsi bahawa pada awal perkahwinan, bapanya tidak menyukai suaminya kerana bekerja di kampung. Walau mereka telah berpindah ke tempat lain dan kehidupan mereka bertambah baik, ibu bapanya masih mengata mereka.

Suaminya sentiasa memberitahunya untuk tidak menyimpan perasaan dalam hati. Wanita itu merasa bimbang bahawa satu hari nanti, perasaan benci itu akan datang kepada orang tuanya.

BACA: “Aku selalu nampak isteri nangis seorang, satu hari mak fitnah isteri aku tak suka mak tinggal sekali, sekali isteri tunjuk bukti”