Wanita jatuh dari jambatan kaca yang tiba-tiba pecah, rupanya tebal lantai cuma 1cm

Oleh FAHMI ABBAS

Lokasi selfie menarik yang giat dibangunkan oleh badan pelancongan saban tahun mampu menarik kedatangan pelancong yang ingin berswafoto secara kreatif atau estetik.

Namun semalam di Hutan Pinus Limpakuwus, Banyumas, Indonesia, kawasan riadah popular ini telah meragut hayat seorang pengunjung dalam kejadian tak disangka-sangka.

‘Terlobos’ daripada jambatan kaca yang tiba-tiba pecah

Wanita jatuh dari jambatan kaca yang tiba-tiba pecah, rupanya tebal lantai cuma 1cm

Di salah satu lokasi bernama ‘The Geong’, seorang wanita berusia 49 tahun dilaporkan ‘terbolos’ dari ketinggian 15 meter selepas jambatan kaca yang dilintasi tiba-tiba pecah.

Difahamkan, dia merupakan ahli sebuah rombongan yang terdiri daripada 13 orang.

Saat kejadian berlaku, 7 orang sedang berada di bahagian barat (berdekatan pintu masuk). Manakala dia bersama 3 orang lagi mahu menuju ke hujung jambatan setelah selesai bergambar di situ.

Permukaan kaca di jambatan The Geong hanya berketebalan 1cm

Ketika permukaan kaca pecah, 2 orang daripada mereka sempat berpaut pada besi untuk menyelamatkan diri.

Namun 2 daripadanya tercampak ke bawah sebelum salah seorangnya disahkan ‘tewas’.

Kini lokasi pelancongan itu ditutup sementara untuk siasatan lanjut termasuklah mendapatkan penjelasan dari pihak pengelola lokasi.

Paling mengejutkan, siasatan awal pihak polis mendapati kaca yang digunakan sebagai permukaan jambatan itu hanya berketebalan 1cm sahaja.

Hutan Pinus yang kaya dengan keindahan alam dikenali sebagai lokasi pelancongan popular

Sebagai info, aktiviti di Hutan Pinus Limpakuwus terdiri daripada beberapa komponen seperti tapak perkhemahan, mountain slide, ATV, flying fox, paint ball dan tempat berkelah.

The Geong adalah lokasi tarikan terbaru yang baru dibuka kepada umum pada April lalu.

Ramai pengunjung yang hadir gemar bergambar di binaan tangan gergasi berwarna emas sekaligus mencabar keberanian masing-masing.

BACA: Netizen dakwa Shakilla Khoriri ‘main’ dengan suami orang, sekali ini respon tuan badan