Wanita ini raih pendapatan RM42,000 sebulan dengan hanya kerja beri nama bayi sahaja undang reaksi netizen.
Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) menyara hidupnya selama bertahun-tahun
Hanya dengan bekerja sebagai pemberi nama bayi professional, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Taylor A. Humphrey, 33, menawarkan khidmat tersebut kepada ibu bapa yang ingin memilih nama sesuai untuk bayi mereka. Dia mengenakan bayaran antara AS$1,500 (RM6,353) hingga AS$10,000 (RM42,355) untuk perkhidmatannya.
Taylor akan membuat panggilan telefon dan menyenaraikan nama yang dicadangkan setelah pelanggan menjawab beberapa soal selidik.
Pelanggan seterusnya akan diberi pilihan berdasarkan penyiasatan susur galur keturunan dan memilih nama berdasarkan perniagaan keluarga.
Taylor berkata, dia berminat memberi nama bayi sejak dari zaman kanak-kanak lagi dan membaca banyak buku mengenai nama bayi.
Pada 2015, wanita itu meneruskan minatnya dengan membuka akaun di laman Instagram bernama @whatsinababyname.
Dia berkongsi nama bayi kegemarannya beserta ramalan serta perwatakan berdasarkan tarikh kelahiran.
Humprey yang menghargai peminatnya telah memberikan perkhidmatan percuma sejak video-videonya mendapat perhatian.
Pada 2018, barulah wanita itu menjadikan hobinya sebagai perniagaan yang menguntungkan
BACA:
Dah naik pesawat, selebriti terkenal tiba-tiba tak jadi tunai ibadah haji rupanya ini cerita sebenar
Ingatkan nak kenal pasti punca masalah air, rupanya AKSB hanya kenal pasti dalang sebar surat sulit