Wanita ini dedah dibelasah oleh Pemain Liga Super yang merupakan bekas pemain bola sepak Kedah.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Dr Hana Rose telah memuat naik video menunjukkan dia dikasari oleh seorang pemain bola sepak profesional.
Baru sahaja semalam kita membaca kisah pemain profesional di England
Dia didakwa mengasari bekas teman wanitanya. Hari ini ada satu dakwaan melibatkan pemain tempatan kita.
Dalam status Dr Hana Rose di Instagram miliknya membuatkan ramai terkejut. Kerana ada gambar bekas pemain kebangsaan yang kini beraksi untuk pasukan Sabah FC.
Dalam statusnya, Dr Hana Rose menulis:
“Diserang [secara fizikal] oleh lelaki yang saya sayangi. [Yang] dulu berjanji setia selamanya sehingga tua.”
“Tapi akhirnya [emoji kecewa]..”
“Terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan orang yang dia sayang, berdiam dan bertahan. Sekarang saya fobia dan trauma.”
“Le Meridien PJ 7 Jun 2023.”
Dakwaan tersebut nampaknya satu kes berat. Dr Hana Rose merupakan bekas pemenang tempat ketiga bagi pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia bagi sesi 2019/2020 – menurut laporan Majoriti.
View this post on Instagram
Dalam video tersebut, Dr Hana menunjukkan beberapa kesan lebam pada tangannya.
Sebelum ini dia terbuka mendedahkan kisah cintanya dengan pemain Sabah dan juga pemain yang memiliki beberapa kaps dengan pasukan kebangsaan.
Buat masa ini tiada kenyataan rasmi daripada pemain yang dimaksudkan oleh Dr Hana Rose ataupun pasukannya Sabah FC.
Di ruangan komen ada yang bertanya, sama ada ianya kesan daripada pergelutan ketika sparring, Dr Hana Rose menafikannya, sebaliknya dia menegaskan itu memang kesan daripada serangan fizikal oleh teman lelakinya.
Dr Hana turut mengesahkan bahawa dia sudah membuat laporan polis.
Melihat Dr Hana itu mendakwa dia dikasari pemain bola sepak tersebut maka ramai wanita yang menasihatinya untuk segera meninggalkan hubungan yang berbentuk kekerasan seperti itu
BACA: