Wanita geram rakan serumah galak buat ‘video call’ dengan BF sampai nampak aurat orang lain

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Berwajah cantik dan pandai berhias, tetapi malangnya sikap sebenar tidak seindah yang dipamerkan di hadapan orang ramai.

Memang benar, jangan menilai seseorang hanya berdasarkan luaran semata-mata.

Begitulah luahan seorang wanita yang mendedahkan pengalaman tinggal serumah dengan rakan-rakan

Mereka yang sentiasa menjaga penampilan diri, tetapi di sebalik kecantikan itu, mereka didakwa tidak menjaga kebersihan dan bersikap pengotor.

Tegur Kebersihan dan Kekemasan

Menurut wanita tersebut, penghuni rumah sewa atau asrama yang tinggal bersama-sama seharusnya mengutamakan kebersihan dan kekemasan.

Berwajah cantik dan pandai berhias, tetapi malangnya sikap sebenar tidak seindah yang dipamerkan di hadapan orang ramai. Memang benar, jangan menilai seseorang hanya berdasarkan luaran semata-mata. Begitulah luahan seorang wanita yang mendedahkan pengalaman tinggal serumah dengan rakan-rakan yang sentiasa menjaga penampilan diri, tetapi di sebalik kecantikan itu, mereka didakwa tidak menjaga kebersihan dan bersikap pengotor. Tegur Kebersihan dan Kekemasan Menurut wanita tersebut, penghuni rumah sewa atau asrama yang tinggal bersama-sama seharusnya mengutamakan kebersihan dan kekemasan. “Tak guna bermekap tebal, tetapi pemalas dan pengotor. Nak tegur secara berdepan, nanti mereka sentap pula,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook. Hormati Aurat Orang Lain Selain itu, beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap rakan serumah yang tidak menghormati privasi dan aurat orang lain. “Walaupun tinggal sesama perempuan, ini bukan alasan untuk bertindak sewenang-wenangnya. Contohnya, bila nak VC (video call) pakwe, tolong hormat aurat orang lain. Bila ditegur soal sembahyang, tahu pula sentap,” tambahnya. Beliau mengakui berasa tertekan dengan situasi itu tetapi tidak mampu berpindah kerana kekangan kewangan. Netizen Setuju dengan Teguran Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan wanita itu, menyifatkan disiplin menjaga kebersihan diri dan persekitaran amat penting. “Ramai yang macam ni. Luar nampak kemas dan cantik, tapi bilik bersepah, tikus pun boleh datang. Jangan takut untuk menegur, walaupun mereka terasa. Teguran itu tanggungjawab kita,” komen seorang netizen. Menurut mereka, kebersihan luaran dan dalaman perlu seimbang agar tidak hanya cantik pada rupa tetapi juga pada hati dan sikap.

“Tak guna bermekap tebal, tetapi pemalas dan pengotor. Nak tegur secara berdepan, nanti mereka sentap pula,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Hormati Aurat Orang Lain
Selain itu, beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap rakan serumah yang tidak menghormati privasi dan aurat orang lain.

“Walaupun tinggal sesama perempuan, ini bukan alasan untuk bertindak sewenang-wenangnya.

Contohnya, bila nak VC (video call) pakwe, tolong hormat aurat orang lain. Bila ditegur soal sembahyang, tahu pula sentap,” tambahnya.

Beliau mengakui berasa tertekan dengan situasi itu tetapi tidak mampu berpindah kerana kekangan kewangan.

Netizen Setuju dengan Teguran
Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan wanita itu, menyifatkan disiplin menjaga kebersihan diri dan persekitaran amat penting.

“Ramai yang macam ni. Luar nampak kemas dan cantik, tapi bilik bersepah, tikus pun boleh datang. Jangan takut untuk menegur, walaupun mereka terasa. Teguran itu tanggungjawab kita,” komen seorang netizen.

Menurut mereka, kebersihan luaran dan dalaman perlu seimbang agar tidak hanya cantik pada rupa tetapi juga pada hati dan sikap.

BACA: “Tiada siapa boleh atasi undang-undang” Menteri Kesihatan respon ahli parlimen merokok di kedai makan