Wanita buka buku pink terkejut, bayi dalam kandungan tiada kepala!

Oleh MHDAILY

Bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, memiliki zuriat sendiri adalah impian yang sangat diidamkan.

Kehadiran cahaya mata sering dianggap sebagai penyempurna sesebuah keluarga, serta memberi kebahagiaan yang tiada bandingannya apabila melihat versi kecil diri dan pasangan.

Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam soal memperoleh zuriat.

Ada yang menunggu bertahun-tahun lamanya, ada pula yang diuji dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh kehamilan.

Di sebalik impian indah tersebut, ada pasangan yang diuji dengan dugaan yang sangat berat.

Wanita buka buku pink terkejut, bayi dalam kandungan tiada kepala!

Baru-baru ini, seorang doktor wanita berkongsi pengalaman yang menyentuh hati mengenai kes yang sangat jarang berlaku melibatkan seorang wanita hamil.

Kes jarang berlaku, hanya 6 dalam 10,000 kelahiran Menurut doktor tersebut, kes yang dihadapi bukanlah kes biasa, sebaliknya merupakan kes yang sangat jarang berlaku, yang hanya dijumpai dalam 6 daripada 10,000 kelahiran. S

egalanya bermula apabila seorang wanita hamil datang untuk pemeriksaan susulan setelah membuka ‘buku pink’. Semua kelihatan seperti biasa sehingga doktor melakukan imbasan ultrasound dan mendapati sesuatu yang mengejutkan.

“Semasa imbasan susulan dilakukan, kami tidak menemui kepala bayi. Setelah pemeriksaan lanjut, kami mendapati bahawa bayi ini tiada kepala,” jelas doktor wanita itu.

Kejadian ini kemudiannya dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lebih mendalam, dan bayi itu disahkan menghidap “anencephaly”, iaitu keadaan di mana bayi dilahirkan tanpa tengkorak.

“Bayi yang mengalami anencephaly biasanya tidak dapat bertahan lama. Mereka akan meninggal dunia dalam kandungan atau tidak dapat hidup selepas dilahirkan,” tambahnya.

Doktor kemudiannya mencadangkan agar kehamilan dihentikan (Termination of Pregnancy, TOP) kerana bayi tersebut tidak mempunyai peluang untuk terus hidup. Namun, keputusan yang diambil oleh ibu tersebut mengejutkan banyak pihak.

Ibu yang sanggup berjuang demi anak yang tidak dapat hidup Walaupun diberikan penjelasan penuh tentang risiko dan kemungkinan bayi itu tidak dapat bertahan, ibu tersebut tetap memilih untuk meneruskan kehamilan.

“Sebagai doktor, kami tahu bahawa kandungan seperti ini tidak akan bertahan lama. Tiada manusia yang boleh hidup tanpa kepala,” kata doktor tersebut. Tetapi, ibu itu tetap berpegang pada keputusannya dan memberikan alasan yang sangat menyentuh hati.

“Dia berkata, ini adalah rezeki yang Allah kurniakan kepadanya. Walaupun tidak dapat menjaga bayinya di dunia, sekurang-kurangnya dia dapat menjaga zuriatnya dalam rahim,” kongsi doktor itu lagi.

Tidak semua orang mampu menghadapi ujian seberat ini. Wanita ini benar-benar menunjukkan keteguhan luar biasa seorang ibu. Dia sanggup berkorban demi menjaga amanah yang diberikan, walaupun hanya untuk seketika.

Semoga wanita ini terus cekal dan tabah menghadapi takdir yang ditentukan oleh Maha Pencipta. Semoga kisahnya menjadi inspirasi kepada kita semua untuk sentiasa bersyukur, sabar dan percaya pada ketentuan Ilahi.

BACA: Ada unsur lalai, dan salahguna kuasa, NGO buat report polis terhadap Tun M