Wanita berhabis RM265K semata-mata nak nampak macam Kim Kardashian. INGIN kelihatan cantik, langsing dan bergaya! Itulah impian setiap wanita. Lumrah, wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan.
Lihat sahaja deretan produk kecantikan di farmasi atau butik kosmetik, boleh dikatakan segalanya tentang kaum Hawa.
Bak kata orang, ingin kelihatan cantik dan menawan jika ada duitnya, impian akan menjadi kenyataan!
Seperti seorang guru wanita di England ini yang sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian.
Menurut laporan Mirror UK baru-baru ini, wanita berketurunan Korea Selatan, dikenali sebagai Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.
Ujarnya, Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan dia mengakui sangat mahu kelihatan serupa dengannya.
Kata Cherri, Kim juga merupakan inspirasi dan motivasi untuk dia menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita.
Tambah Cherri, pembedahan itu sangat memberi berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.
Malah, dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.
“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.
“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, ia tidak sesekali mengganggu fikiran saya,” tegasnya.
BACA:
“Sampai bergegar katil suami Neelofa buat..”