Wanita bengang sikap buruk suka ‘cop’ saf dalam surau sempit, letak telekung buat tanda

Oleh SURIANI HAMDAN

Solat adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam yang perlu dilaksanakan tanpa mengira tempat atau keadaan.

Demi memudahkan pelaksanaan tanggungjawab ini, surau dan masjid telah disediakan di pelbagai lokasi, termasuk di pusat beli-belah dan kawasan awam.

Namun, sikap segelintir individu yang tidak bertimbang rasa, khususnya wanita, sering mencetuskan ketidakpuasan hati pengguna lain.

Isu ini timbul apabila ada yang mengambil masa terlalu lama di surau kecil dan sempit, hingga menyulitkan orang lain untuk menunaikan solat.

Lebih memburukkan keadaan, terdapat pula individu yang “menempah” ruang solat dengan meninggalkan telekung

Solat adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam yang perlu dilaksanakan tanpa mengira tempat atau keadaan. Demi memudahkan pelaksanaan tanggungjawab ini, surau dan masjid telah disediakan di pelbagai lokasi, termasuk di pusat beli-belah dan kawasan awam. Namun, sikap segelintir individu yang tidak bertimbang rasa, khususnya wanita, sering mencetuskan ketidakpuasan hati pengguna lain. Isu ini timbul apabila ada yang mengambil masa terlalu lama di surau kecil dan sempit, hingga menyulitkan orang lain untuk menunaikan solat. Lebih memburukkan keadaan, terdapat pula individu yang “menempah” ruang solat dengan meninggalkan telekung atau barang-barang peribadi mereka, seperti yang diluahkan seorang pengguna media sosial baru-baru ini. “Perempuan yang ‘book’ tempat dekat surau dengan telekung dia, terutama bila waktu solat seterusnya hampir tiba atau ketika waktu puncak, memang sangat pentingkan diri. Dah ‘book’ tempat, lepas tu pergi ke tempat lain. Bila kita duduk situ, dia datang kata... ini tempat dia,” kongsi wanita terbabit. Luahan itu segera mendapat perhatian ramai wanita lain yang turut berkongsi pengalaman serupa. “Baru-baru ini, di surau kawasan rooftop waktu solat Asar, ada lagi 25 minit sebelum masuk waktu. Hujan di luar, jadi ramai yang duduk dalam surau kecil itu. Yang nak solat Zohor pula terpaksa bergilir-gilir kerana ruang sudah penuh,” tambah seorang netizen. Lebih mengecewakan, ada yang terus berada di surau walaupun sudah selesai solat, menggunakan ruang itu untuk bersolek atau membalas mesej di telefon bimbit. “Kalau dia tempah tempat sebab nak ambil wuduk, itu boleh diterima. Tapi kalau dia ‘book’ ruang dan kemudian lambat-lambat pergi tandas atau sibuk tanggal mekap, itu memang melampau. Tak fikir ke orang lain terpaksa solat berhimpit atas lantai basah?” rungut seorang pengguna. Bertimbang Rasa Kunci Keharmonian Ruang solat di tempat awam, terutamanya yang bersaiz kecil seperti di pusat beli-belah, memerlukan sikap saling memahami dan bertolak ansur. Semua pihak diharapkan dapat bertimbang rasa dan menggunakan ruang dengan efisien supaya ibadah dapat dilakukan dengan tenang tanpa mengganggu orang lain. Semoga kesedaran ini dapat diterapkan oleh semua umat Islam demi menjaga keharmonian dan keselesaan bersama.

atau barang-barang peribadi mereka, seperti yang diluahkan seorang pengguna media sosial baru-baru ini.

“Perempuan yang ‘book’ tempat dekat surau dengan telekung dia, terutama bila waktu solat seterusnya hampir tiba atau ketika waktu puncak, memang sangat pentingkan diri. Dah ‘book’ tempat, lepas tu pergi ke tempat lain. Bila kita duduk situ, dia datang kata… ini tempat dia,” kongsi wanita terbabit.

Luahan itu segera mendapat perhatian ramai wanita lain yang turut berkongsi pengalaman serupa.

“Baru-baru ini, di surau kawasan rooftop waktu solat Asar, ada lagi 25 minit sebelum masuk waktu. Hujan di luar, jadi ramai yang duduk dalam surau kecil itu. Yang nak solat Zohor pula terpaksa bergilir-gilir kerana ruang sudah penuh,” tambah seorang netizen.

Lebih mengecewakan, ada yang terus berada di surau walaupun sudah selesai solat, menggunakan ruang itu untuk bersolek atau membalas mesej di telefon bimbit.

“Kalau dia tempah tempat sebab nak ambil wuduk, itu boleh diterima. Tapi kalau dia ‘book’ ruang dan kemudian lambat-lambat pergi tandas atau sibuk tanggal mekap, itu memang melampau.

Tak fikir ke orang lain terpaksa solat berhimpit atas lantai basah?” rungut seorang pengguna.

Bertimbang Rasa Kunci Keharmonian

Ruang solat di tempat awam, terutamanya yang bersaiz kecil seperti di pusat beli-belah, memerlukan sikap saling memahami dan bertolak ansur.

Semua pihak diharapkan dapat bertimbang rasa dan menggunakan ruang dengan efisien supaya ibadah dapat dilakukan dengan tenang tanpa mengganggu orang lain.

Semoga kesedaran ini dapat diterapkan oleh semua umat Islam demi menjaga keharmonian dan keselesaan bersama.

BACA: Che Ta kata anak dah bayar hutang hampir RM 1 juta, sekali lain pula pendedahan pengerusi Mara

Leave a Comment