Wanita bengang kena saman parking pada hari cuti umum

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa setelah mendakwa disaman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun dia sudah membayar caj parkir

Menerusi perkongsian di aplikasi X, pengguna yang dikenali sebagai @umthisisnotit berkata

kejadian tersebut berlaku semalam di sebuah kawasan di negeri tertentu.

Menurut individu tersebut, dia telah membayar parkir sehingga pukul 4:12 petang,

Namun malangnya disaman oleh PBT pada pukul 4:11 petang. “Parkir saya valid sampai 4.12 petang, tapi dia saman saya pukul 4.11.

Wanita bengang kena saman parking pada hari cuti umum

Bila saya cuba bayar parkir untuk dua jam, pihak PBT kata tak boleh sebab dah lebih dari pukul 5 petang,” luahnya dengan kecewa.

Di ruangan komen, ramai pengguna turut berkongsi pengalaman yang serupa, menjadi ‘mangsa’ PBT di kawasan masing-masing.

Seorang pengguna, @dreamyumi, berkata: “Saya pula pernah kena saman pada hari cuti umum. Padahal dalam laman sesawang pun jelas menyatakan cuti umum tak perlu bayar parkir.

Bila saya telefon pihak perbandaran, mereka kata boleh saman bila-bila masa.”

Turut meninggalkan komen adalah pengguna @Ebelle85, yang menceritakan: “Saya pernah kena juga, tengah nak bayar parkir tiba-tiba dapat saman.

Padahal dia nampak saya baru parkir. Pegawai tu cakap saya tak bayar, tapi saya cakap saya baru parkir dan tengah bayar dah kena saman.”

BACA: Kapal persiaran tawar 4 tahun pelayaran tanpa henti untuk pembenci Trump