Wanita ajar cara mudah perbaharui ‘buku merah’, tak perlu ambil nombor giliran imigresen

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Musim cuti sekolah bakal tiba, dan pastinya ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga tersayang.

Namun, sebelum anda teruja untuk melancong, terutama ke luar negara, pastikan dokumen perjalanan paling penting anda—pasport—dalam keadaan yang sah.

Jika pasport anda berbaki kurang enam bulan sebelum tarikh tamat atau telah luput, anda perlu memperbaharuinya sebelum memulakan perjalanan.

Jangan risau, berikut adalah panduan mudah untuk memperbaharui pasport secara dalam talian,

seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Wan Nurdiana:

Wanita ajar cara mudah perbaharui ‘buku merah’, tak perlu ambil nombor giliran imigresen

Langkah-Langkah Memperbaharui Pasport

1. Sediakan gambar pasport

Pergi ke kedai gambar untuk mendapatkan soft copy, atau ambil sendiri gambar dan edit mengikut spesifikasi.

Kriteria penting:

Tudung berwarna gelap (jika bertudung)

Latar belakang putih

Solekan natural

Tidak memakai kanta lekap berwarna

2. Akses laman web rasmi imigresen

Layari: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

Muat naik gambar pasport.

Masukkan maklumat peribadi, lokasi pejabat imigresen pilihan untuk mengambil pasport, dan buat bayaran pasport (RM200).

3. Tunggu kelulusan

Selepas menghantar permohonan, tunggu emel kelulusan daripada Jabatan Imigresen.

4. Sediakan dokumen dan ambil pasport

Cetak resit bayaran yang diterima melalui emel.

Bawa dokumen berikut ke pejabat imigresen yang dipilih:

Resit bayaran

Pasport lama

Kad pengenalan

5. Proses di pejabat imigresen

Letakkan resit bayaran di dalam dulang kaunter serahan pasport. Lazimnya, anda tidak perlu mengambil nombor giliran.

6. Pengambilan pasport

Pasport biasanya siap untuk diambil dalam masa satu jam.

Dengan panduan ini, proses memperbaharui pasport menjadi lebih mudah dan lancar. Selamat bercuti!

BACA: “Tiada siapa boleh atasi undang-undang” Menteri Kesihatan respon ahli parlimen merokok di kedai makan