Walaupun sudah darurat, pakej bantuan Muhyiddin tidak lagi sehebat tahun lepas

Walaupun sudah darurat, pakej bantuan Muhyiddin tidak lagi sehebat tahun lepas

Darurat ini sepatutnya sudah menstabilkan kerajaan. Sudah membolehkan kerajaan untuk fokus kepada pembangunan ekonomi dan pembasmian wabak.

Sebarang tambahan peruntukan pula tak perlu lagi melalui kelulusan Parlimen. Cukup dengan perkenan YDPA sahaja

Tapi saya kena berterus terang. Apa yang diumum oleh TSMY tadi sangat mengecewakan. Jauh berbeza dengan apa yang rakyat dapat ketika PKP tahun lepas.

BPN kekal sama (tidak dipercepatkan pun sebab minggu lepas dah diumum akan dikreditkan pada 21 Januari 2021). Moratorium dan KWSP masih kekal syaratnya.

Saya pun tak tahu menteri mana lah yang pergi cadang insentif gaji cuma sebulan. Kita ni darurat dah 7 bulan. Dalam keadaan wabak yang tinggi ini pun sekurang2nya PKP / PKPB akan berjalan satu atau dua bulan.

Dalam ekonomi ini ada satu benda yang kita panggil ripple effect. Kalau bisnes tutup atau rugi sebulan, kesannya akan dirasai untuk beberapa bulan selepasnya. Sebab kerugian itu akan bagi kesan kepada aliran tunai dan pusingan modal.

Ada satu lagi benda yang kita panggil lagging effect. Contohnya tahun 2018, ekonomi kita mula merudum. Tapi kita tak terasa mana sebab apa yang kita alami pada tahun tersebut adalah kesan growth tahun 2017 yang memuncak. Kita hanya rasai kesan ekonomi muram itu pada tahun 2019.

Itu kita panggil lagging effect. Sebab itu mana-mana dasar atau polisi ekonomi kena ambil kira krisis masa hadapan kesan kelembapan hari ini.

Tapi kalau insentif pun sebulan, dah bulan depan nak kira macammana?

Begitu juga insentif cukai. Kita umum untuk apa? Dah kalau rakyat tak berbelanja, kita nak pungut cukai kat mana?

Kuasa darurat ini tidak lama. Mandat perlu dikembalikan semula kepada rakyat apabila tiba masanya. Manfaatkan sebaiknya kuasa yang ada.

Permudahkan tunai kepada rakyat. Bagi moratorium automatik. Sediakan dana khas kepada kerajaan negeri / PBT supaya mereka boleh bagi pengecualian sewa premis kepada peniaga kecil.

Kalau setakat itu sahaja yang nak diumum, tak darurat pun kerajaan boleh buat.

Dan buanglah Jemin tu. Nampak sangat tak ada guna. – FB

COMMENTS