Walaupun PKP, pusat hiburan tetap tawar layanan GRO

Oleh MHDAILY

Sebuah pusat hiburan yang menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing di Jalan PP2 Taman Perindustrian Sabak Bernam diserbu polis.

Serbuan mengejut itu dibuat sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, hasil serbuan, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berumur lingkungan 40-an disyaki pengurus dan penjaga kaunter di premis itu.

Baca Artikel Penuh