Pada awal minggu ini, Malaysia dikejutkan dengan isu mengenai sekumpulan geng Honda Healing yang memasak mi segera di kawasan stesen minyak.
Kejadian itu menimbulkan kebimbangan ramai kerana tindakan tersebut boleh membawa risiko bahaya,
terutamanya kerana kawasan stesen minyak mudah terbakar.
Sebagai tindak balas kepada kontroversi ini, Pak Cik Shell telah menjelaskan mengapa
orang ramai dilarang memasak berdekatan dengan stesen minyak.
“Ada yang berpendapat ‘jauh dari pam tak apa’. Namun, ini tidak benar kerana wap minyak boleh merebak sehingga 10 meter dari sumber seperti pam, tempat turun minyak, dan vent pipe,” jelas Pak Cik Shell.
Melalui video pendek yang dikongsi, jelas diperlihatkan bahawa jarak 10 meter adalah sangat dekat. Walaupun wap minyak tidak dapat dilihat, namun ia boleh tersebar dengan cepat dan memicu api dengan serta-merta.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyiasat individu-individu yang terlibat dalam video tular memasak mi segera di stesen minyak.
Beliau menambah bahawa kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (menyebabkan kebimbangan awam) dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan (tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri).
Adalah penting untuk berkongsi artikel ini dengan kenalan lain supaya mereka sedar tentang bahaya yang mungkin berlaku akibat tindakan seperti memasak di stesen minyak.
BACA: Hanya kerana enggan beri ‘apam’, peniaga disaman pihak berkuasa