Saya dah berfikir habis – habisan dan pilih untuk akhiri perkahwinan kami bila suami tanya saya sama ada pilih anak ataupun suami.
Saya janda beranak 3 dan berkahwin dengan duda anak 2. Saya dah buat solat istikharah tapi masih belum dapat jawapan.
3 bulan perkahwinan, suami ajak selesaikan cara elok di mahkamah dan saya setuju. Walaupun saya sebenarnya s4kit
dan tak sangka secepat ni saya mengalah, suami bagi kata 2. Teruskan dengan bersyarat atau teruskan dengan perceraian.
Saya tinggal dengan mertua, suami duda anak 2 kem4tian isteri. Sebelum ni saya ada post berkaitan punca – punca yang menjadikan saya
berfikir untuk berpisah, Punca – puncanya, suami selalu berjvdi dan salahkan saya habiskan duit, suami berjvdi online.
Saya tahu dia berjvdi tapi semua bukti yang mengatakan dia berjvdi dia sentiasa padam dan saya masih berpeluang untuk simpan bukti. Bila berlaku perg4duhan mesti berpunca dari saya lebihkan anak saya, suami nak saya faham yang ibu kepada anak dia dah meninggaI tapi langsung tak nak faham yang anak – anak saya pun memerlukan saya dan kenyataannya, saya belum meninggaI.
Saya tinggal bersama mertua tapi mertua serta ipar duai sentiasa bercakap buruk tentang saya. Marah saya tak uruskan anak suami sedangkan anak suami bukan tanggungjawab saya. Saya bukan nak sangat persoalkan tentang tanggungjawab tu, tapi hakik4tnya begitulah adik beradik suami utarakan tentang anak saya.
Mereka kata anak saya bukan tanggungjawab suami, padahal anak saya tak pernah minta satu sen pun dengan suami. Mereka cuma nakkan kasih sayang seorang ayah, tu je. Keluarga suami nak saya turutkan tanggungjawab itu dan saya nakkan keadilan untuk anak saya.
Mereka nak saya belas kesian pada anak suami tapi mereka dan suami k3jam pada anak – anak saya. Bila saya suarakan pada suami tentang pandangan ahli keluarga dia, saya disalahkan 100%. Selama berkawin, suami tak pernah balik kampung keluarga isteri yang jarak hanya 30 minit tapi selalu pergi rumah mertua arw4h isteri bahkan masa berkahwin pun siap bergambar dengan keluarga arw4h isteri.
Saya sanggup pergi kuala lumpur jagakan anak bila s4kit, tapi selalu disalah ertikan oleh suami. Keluarga suami juga hanya cop saya habiskan duit suami. Mereka mempersoalkan kewangan saya dan seolah saya berkahwin dengan suami sebab harta.
Saya tahu suami bergaji 20K sebulan, hanya selepas kahwin. Selama 3 bulan berkawin, saya hanya merasakan RM100 setiap bulan nafkah saya. Harta? Suami hanya ada 1 motor ex5 itu sahaja. Jadi apa harta yang ada? Tak boleh tinggalkan kehidupan bujang, pergi snooker 2 – 4 pagi. Berlumba motor, melepak sampai tengah malam. Sentiasa melepak tanpa henti.
Suami dapat bonus 15K, tapi hanya dihabiskan bersama anak dan keluarga. Sedangkan isteri bila ada duit, semua dihulurkan kepada suami dengan alasan boleh susah dan senang. Segala keputusan rumah tangga hanya suami yang buat keputusan.
Segala perbincangan akan bertukar jadi perg4duhan dan m4kian kepada isteri. Tak pernah pedulikan demam s4kit isteri. Syarat suami andainya saya masih nak teruskan perkahwinan ni, suami nak saya minta maaf dengan mak ayah dia dan mengatakan saya berbuat salah dan saya nak betulkan keadaan, hakik4tnya salah apa yang saya buat?
Suami nak saya layan dan jaga anak dia dengan cukup baik. Suami nak saya bergaul dengan adik beradik suami, hakik4tnya bila bergaul. Kemudian saya menjadi bahan umpatan, adik suami menceritakan tentang kami kepada orang luar iaitu biras.
Suami nak saya cuci piring, kemas rumah bila nampak rumah tu berselerak. Dan hakik4tnya rumah tu sentiasa berselerak, sedangkan dalam rumah tu ada 11 dewasa. Suami nyatakan, suami kahwin dengan saya untuk jaga anak – anak.
Dan syarat saya, pindah keluar tapi suami taknak. Berhenti berjvdi tapi suami taknak. Berhenti keluar malam dan snooker pun suami taknak. Layan anak saya seadil yang mungkin pun suami taknak. Terima anak saya pun suami tak mampu. Dan saya simpulkan, keputusan kami hanya kepada penceraian. Suami mahukan saya untuk menjaga anak dia dan bibik kepada keluarga dia. Bukan ikhlas sayangkan saya dan terima saya.
Komen W4rganet :
Azronulhatieqa Binti Azhar : Ni namanya masing – masing macam tak redha kahwin dengan pasangan yang ada anak. Cuba awak treat anak dia sama macam anak – anak awak, mesti dia pun akan treat anak awak macam anak dia.
Mungkin nampak perbezaan layanan tu kot. Dia kahwin dengan awak pun sebab dia nak anak – anak dia ada ibukan. Janganla mudah mengalah.
Budak – budak tu akan membesar dengan cepat, tak terasa pun masa berlalu nanti. Seronok ada anak ramai – ramai. Usahakan duduk di rumah sendiri. Jangan duduk dengan mertua. InsyaAllah akan berkurangan masalah.
Oshen Oshen : Maaf senang cakap tak perlu fikir panjang – panjang dan cakap banyak. Pada saya dua – dua salah dan fikir diri sendiri sahaja yang betul, tetapi banyak yang salah di pihak suami. PergiIah awak failkan penceraian, kalau dah kaki jvdi, mak mertua dan ipar duai tak sebulu eloklah bercerai.
BACA: Disoal kenapa tak pakai baju PJ, jawapan murid ini buat cikgu menangis
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio