Dalam situasi yang penuh emosi ini, satu tindakan mulia dilakukan oleh madu Marissa, Umisya Mazlan,
Dia yang tampil membantu menguruskan jenazah bayi tersebut.
Menurut kakak kepada Umisya, dalam satu hantaran di Instagram Story, Umisya bukan sahaja hadir untuk menziarahi,
tetapi turut membantu memandikan, mengkafankan, dan mensolatkan jenazah bayi yang dikenali sebagai ‘Baby M’.
Tindakan ini mencerminkan rasa kasih sayang dan ihsan yang mendalam, walaupun hubungan mereka bukanlah sesuatu yang mudah.
“Adik kami, Misya sendiri datang ziarah, mandi dan solatkan jenazah untuk arwah Baby M. Dia tidak berseronok, apa yang keluar dari mulutnya berbunyi ini iaitu semua ujian yang Allah aturkan untuk kita,” kata Sella dalam hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, Umisya turut terkejut dan bersedih dengan berita keguguran dan kematian Baby M, lebih-lebih lagi kerana beliau sendiri sedang mengandung.
Sella juga menekankan kepentingan menjaga emosi dan perasaan Umisya yang sedang hamil.
“Jadi, sila jaga emosi adik saya, jaga kata-kata anda wahai manusia,” ujarnya, menyeru kepada orang ramai agar bersikap lebih prihatin dalam berkomentar mengenai keadaan ini.
Sella berkongsi pandangannya mengenai betapa pentingnya perasaan ihsan sesama manusia, terutamanya dalam situasi kematian.
“Sifat manusia Allah beri perasaan rasa ihsan sesama manusia. Tidak kisahlah kalau orang buat jahat kepada kita, tetapi, jika dia ditimpa musibah, berkaitan kematian wajib kita bantu sebab itu fardhu kifayah,” tulis Sella.
Dalam pada itu, Umisya juga meluahkan perasaannya melalui Instagram Story, di mana beliau menyatakan kekeliruannya dengan spekulasi yang dibuat oleh netizen.
Beliau menekankan betapa pentingnya untuk menjadi manusia yang mempunyai sifat ihsan dan berhati perut terhadap sesama manusia.
“Satu perkara yang saya selalu terapkan dalam fikiran, jangan pernah menyesal jadi terlalu baik… Hadiahmu bukan pada manusia, tapi Allah,” tulisnya, mengingatkan tentang keikhlasan dalam berbuat baik.
BACA: ‘Anakku Sazali’ versi negara India riak baling wang di tengah jalan