Walaupun canggih, ini sebab kenapa Tesla dinobat kereta paling bahaya di dunia

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Kajian terbaru oleh iSeeCars, sebuah laman web carian kereta di Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa Tesla,

jenama kenderaan elektrik (EV) terkenal yang sering mempromosikan ciri keselamatan canggih, telah diiktiraf sebagai jenama kereta paling berbahaya di negara itu.

Kajian ini menggunakan data kemalangan maut daripada Sistem Pelaporan Analisis Kemalangan Maut (FARS) yang disediakan oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Nasional AS (NHTSA).

Data tersebut merangkumi model kereta dari tahun 2018 hingga 2022 yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya satu kematian penumpang.

Hasil kajian menunjukkan Tesla mencatatkan kadar kemalangan maut tertinggi berbanding jenama lain di Amerika Syarikat, iaitu 5.6 kemalangan maut bagi setiap bilion batu perjalanan.

Walaupun canggih, ini sebab kenapa Tesla dinobat kereta paling bahaya di dunia

Sebagai perbandingan, purata kadar kemalangan maut bagi semua kereta di AS adalah 2.8.

Jenama Kia berada di tempat kedua dengan kadar 5.5, diikuti oleh Buick (4.8), Dodge (4.4), dan Hyundai (3.9).

Dalam senarai model kereta paling berbahaya, dua model Tesla turut tersenarai. Tesla Model Y menduduki tempat keenam dengan kadar 10.6 kemalangan maut bagi setiap bilion batu perjalanan, iaitu 3.7 kali lebih tinggi daripada purata nasional.

Model Y juga dinamakan sebagai SUV ketiga paling berbahaya dengan kadar 10.6, iaitu 4.8 kali lebih tinggi berbanding purata SUV di AS.

Satu lagi model Tesla, Model S, berada di tempat ke-21 dengan kadar kemalangan maut 5.8, dua kali lebih tinggi daripada purata nasional.

Selain Tesla, jenama seperti Kia, Buick, Dodge, dan Hyundai juga mencatatkan kadar kemalangan maut yang tinggi.

Walaupun Tesla sering menekankan teknologi bantuan pemandunya seperti Autopilot, data ini menunjukkan bahawa teknologi tersebut mungkin tidak cukup efektif dalam mengurangkan risiko kemalangan maut.

Antara faktor yang menyumbang kepada statistik ini adalah kemampuan kereta Tesla mencapai kecepatan tinggi dan kecenderungan pengguna untuk terlalu bergantung kepada sistem bantuan pemandu tanpa memberi perhatian penuh semasa memandu.

BACA: Kerana seekor kucing, Janna Nick sampai masuk hospital ini sebabnya

Leave a Comment