Dengan keadaan ekonomi yang menekan sekarang ini, orang ramai terpaksa buat lebih daripada satu kerja untuk cari duit lebih.
Iyalah, beras pun makin mahal sekarang ni dik. Memang kena kerja siang dan malam untuk menampung kehidupan.
Tapi bagi orang yang kais pagi makan pagi, ada yang terpaksa buat sehingga empat kerja sehari.
Korang tengoklah sendiri perkongsian pengguna TikTok Afrin Najiha Makmur ni, walaupun ada slip disc, dia sanggup bekerja demi membantu suami yang tak bekerja tetap.
Selepas hantar anak ke sekolah, Najiha akan mula kerja mencuci Masjid Al-Ridhuan di Hulu Klang termasuk bahagian tandas dengan upah RM300.
Siap je kerja mencuci, ibu lima anak ini akan pergi menjual aiskrim dan kek pula yang dibawa sekali di tepi jalan.
@njiha_jer♬ bunyi asal – Najiha_gituu
Kek coklat dan aiskrim potong dibuat sendiri pada lewat malam selepas anak tidur. Masa terluang yang ada saya akan gunakan untuk ambil upah jual produk kecantikan.
Hujung minggu pun Najiha bekerja tau, dia membersihkan kawasan Masjid Al-Sharif di Simpang 3, Gombak, Selangor dengan upah RM300.
Wanita yang berusia 26 tahun ini membuktikan dengan berniaga dan ambil upah mencuci masjid mampu untuk dia meringankan beban suami.
Selain itu, dia mengambil inisiatif untuk bekerja supaya dapat menambah duit poket untuk kehidupan lebih selesa.
Biasalah, bila video perkongsian viral ada yang mempertikaikan pekerjaan suami Najihah. Tak kurang juga yang ingat Najihah ini ibu tunggal.
BACA: Fazley Yaakob akhirnya bersuara kes adik ipar kembali ‘freehair’