Wakil rakyat pakat naik gaji, lain pula yang jadi dengan 2 beradik yatim piatu di Kelantan

Oleh MHDAILY

Wakil rakyat pakat naik gaji, lain pula yang jadi dengan 2 beradik yatim piatu di Kelantan.

Dua beradik yatim piatu dari Kampung Slow Pok Long, Dabong, di sini, menjadikan pondok kecil serta usang sebagai tempat untuk mereka berteduh daripada hujan dan panas, sejak lebih lima tahun lalu.

Mohamad Azwan Abdullah, 16, dan adiknya, Nur Asyikin Hadi, 15, terpaksa tinggal dalam keadaan serba

Wakil rakyat pakat naik gaji, lain pula yang jadi dengan 2 beradik yatim piatu di Kelantan

kekurangan selepas ibu bapa mereka meninggal dunia dan kini hanya menumpang kasih datuk serta nenek yang sudah tua.

Mohamad Azwan berkata, ayah tirinya, Hadi Roni meninggal dunia pada tahun 2014 selepas terbabit dalam kemalangan dan tidak beberapa lama selepas itu, ibunya, Rusni Yusof, pula meninggal dunia akibat menderita penyakit buah pinggang.

“Selepas ibu dan ayah tiri meninggal dunia, saya mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga untuk menjaga adik-adik, namun disebabkan kesempitan hidup, adik bongsu, Mohd Aliff, 12, kini dijaga oleh keluarga sebelah arwah ayah.

“Sejak dari itu, hidup kami dipenuhi ujian, tetapi sebagai abang dan ketua keluarga, saya mengajar adik perempuan supaya lebih berfikiran matang.

“Nenek dan datuk yang berasal dari Thailand menjaga kami dua beradik sejak kematian ibu serta ayah, dan mereka turut mencari rezeki di sini sebagai penoreh getah.

“Bagaimanapun, nenek dan datuk tinggal di pondok yang berada di dalam ladang getah tempat mereka bekerja dan keluar menjenguk kami di sini dua atau tiga kali seminggu bergantung kepada keadaan memandangkan jarak antara kami adalah sejauh 10 kilometer,” katanya ketika ditemui di Kampung Slow Pok Long, Dabong.

Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusinya, Che Norhayati Mohamed.

Katanya, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan RM50 seminggu yang hanya sekadar cukup untuk belanja makan mereka dua beradik.

“Kebiasaannya nasi kosong yang digaul bersama Maggi serta kuahnya menjadi hidangan wajib untuk saya dan adik setiap kali kami menggalas perut,” katanya.

Bercerita lanjut, Mohamad Azwan berkata, bagi mendapatkan bekalan elektrik, pondok usang yang didiami mereka dua beradik terpaksa disambung dengan rumah berhampiran.

“Keperluan air juga bergantung kepada air tadahan dari bukit yang digunakan untuk memasak, mandi dan membasuh pakaian setiap hari,” katanya.


Katanya, kesempitan hidup juga menyebabkan dia dan adik perempuannya terpaksa melupakan alam persekolahan.

“Bagaimanapun, baru-baru ini ada individu prihatin yang sanggup menanggung yuran serta perbelanjaan persekolahan dan berharap ia dapat mengubah nasib kami ke arah yang lebih baik,” katanya.

BACA: 

Penceramah agama terkenal dengan carutan dan sembang lucah disiasat, cuba korang teka siapa?

“Aku masa tu terus dalam minda ni kata Allah hantar kakak ni untuk tegur aku, masa tu berjuraian air mata aku, masa ini lah baru aku sedar