Wajah kecewa pemain Indonesia terpancar apabila pengacara salah umum nama ‘Malaysia’. Dua finalis badminton beregu lelaki Indonesia berdepan detik janggal apabila juruacara tersilap menyebut nama negara mereka semasa penyampaian pingat di podium Kejohanan Terbuka Denmark 2022 baru-baru ini.
Difahamkan, juruacara melakukan kesalahan dua kali dengan menyebut nama-nama finalis yang berasal dari Indonesia itu dengan memanggil nama Malaysia sehingga membuatkan mereka teragak-agak untuk menaiki ke podium.
Kesalahan pertama semasa juruacara itu memanggil Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo. Mereka berdua sempat berpatah balik sebelum naik ke podium, namun akhirnya mereka naik juga dengan ekspresi keliru.
Kesalahan itu tidak berhenti di situ, di mana untuk kali kedua juruacara turut menyebut nama pemenang beregu lelaki, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto dari Malaysia.
Kedua-dua finalis lelaki itu akur kerana tidak dapat berbuat apa-apa selain naik ke podium dengan ekspresi yang tidak percaya – sepatutnya Indonesia tetapi mengapa Malaysia yang disebut?
Sedari akan kesilapan yang dilakukan, juruacara itu sempat memohon maaf dalam perlawanan akhir melalui pembesar suara dan turut membuat kenyataan maaf di laman Instagram miliknya.
“Kami benar-benar memohon maaf atas kesilapan pengumuman. Fajar Alfia/Muhammad Ardianto dan Marcus Giedeon/Kevin Sukamuljo tentunya dari INDONESIA!
“Ia adalah kesilapan manusia, dan kami harap anda boleh menerima permohonan maaf kami,” ujarnya.
Terdahulu, Fajar dan Rian yang dikenali sebagai pasangan FajRi dilaporkan telah merangkul gelaran juara bagi pemain beregu badminton lelaki lawan pemain Malaysia semasa separuh akhir.
Manakala bagi pasangan The Minions, Marcus dan Kevin, mereka mendapat pingat perak semasa menentang pasangan FajRi.
Warganet berang kesilapan dilakukan dua kali
Perkara ini mendapat perhatian warga Indonesia sehingga mereka menyifatkan kesilapan menyebut nama negara yang salah sebanyak dua kali adalah sangat keterlaluan.
Antara yang tidak berpuas hati melihat kesilapan itu ialah seorang editor sukan akhbar Indonesia Jawapos, A. Ainur Rohman yang turut memuat naik video situasi tersebut di laman Twitter miliknya.
“Rasanya masih marah melihat momen ini. Biasanya penyelenggara melakukan kesalahan sangat fatal di tournament tour dunia dengan level yang tinggi.
“Kesalahannya tidak cuma satu. Tapi dua sekali gus. Sangat-sangat tidak profesional,” katanya.
“Atlet mungkin kena taklimat. Kalau ada kesilapan yang dilakukan melibatkan bendera, lagu, sebutan negara keluar saja ke belakang pentas. Penganjur wajib ulangi majlis,” kata salah seorang lagi individu lain.
Rasanya masih marah melihat momen ini. Bisa2nya, penyelenggara melakukan kesalahan sangat fatal di turnamen tour dunia dengan level yg tinggi.
Kesalahannya nggak cuma satu. Tp dua sekaligus. Sangat2 nggak profesional.pic.twitter.com/UYs5EKWgCV
— A. Ainur Rohman (@ainurohman) October 23, 2022
BACA:
Rindu nak makan bihun kampung, akak ni share cara buat, confirm jadi!
Budak sekolah curi duit nenek RM64K, kongsi pulak dengan rakan sekelas
‘Baju pengantin dah macam ultraman’, murung sehari wanita ni angkara adik sendiri