[VIDEO] Penduduk Lahad Datu ‘naik angin’ bila dimaklum PKPD dilanjutkan

[VIDEO] Penduduk Lahad Datu ‘naik angin’ bila dimaklum PKPD dilanjutkan

Kerajaan negeri Sabah menerima hentaman hebat penduduk di dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akibat gagal menilai situasi semasa Covid-19 di kawasan tersebut.

Bendahari Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Lahad Datu, Mohd Azlan Shah Bustan berkata, kegagalan kerajaan negeri melihat kesukaran dihadapi penduduk di Taman Khazanah Indah dan Pangsapuri Mutiara Kasih sejak pelaksanaan PKPD pada 13 Oktober lalu membawa kepada demonstrasi di dua lokaliti PKPD itu semalam.

Beliau berkata, pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melanjutkan pelaksanaan PKPD di kawasan perumahan itu untuk kali kedua ditentang hebat oleh penduduk di kawasan tersebut.


Pelaksanaan PKPD di dua kawasan perumahan itu sudah dilanjutkan pada 27 Okt hingga 9 Nov dan keputusan melanjutkan PKPD kali kedua dilihat tidak relevan susulan kes Covid-19 di kawasan itu sudah menurun.

Katanya, penduduk berdepan kesukaran untuk keluar dan masuk apabila berada di bawah PKPD. Malah, ramai penduduk tidak boleh turun bekerja bila kawasan itu diletakkan di bawah PKPD. Tempoh empat minggu sudah cukup lama untuk mereka berkurung dalam membantu mengurangkan risiko jangkitan.

Mohd Azlan turut mempertikaikan kelewatan tindakan kerajaan negeri dalam melihat isu ini.

Katanya, kenapa setelah pengumuman melanjutkan PKPD dibuat, baru kerajaan negeri mahu menilai keadaan di dua lokaliti itu. Kenapa kerajaan tidak terfikir untuk menilai situasi kes Covid-19 di situ sebelum keputusan lanjutan dibuat?.

Katanya, adakah kerajaan sedang tidur dikala penduduk di kawasan perumahan ini berada dalam kebingungan akibat lanjutan PKPD.

Malah, jika dilihat statistik terkini kes positif di Lahad Datu sudah menjadi dua angka. Hari ini hanya 15 kes positif dilaporkan, semalam 37 kes dan hanya 39 kes pada 7 Nov.

Sumber : https://thesabahtoday.news.blog/2020/11/09/keputusan-kerajaan-ditentang-hebat-di-kawasan-pkpd-di-lahad-datu/

COMMENTS