[VIDEO] MB dan seluruh exco kerajaan negeri Perak letak jawatan

[VIDEO] MB dan seluruh exco kerajaan negeri Perak letak jawatan

Adun Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perak kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini.

Kata Ahmad Faizal ia diserahkan semasa dia mengadap Sultan Nazrin jam 3 petang tadi.

“[…] dan di kesempatan berkenaan saya telah menyerahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai menteri besar Perak dan seluruh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

“Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Paduka Seri Sultan,” katanya.

Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu berkata demikian pada sidang media khas di Laman Seri Ridzuan di Ipoh hari ini.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/553949

COMMENTS