Ustazah ni bidas balik Ustaz Azhar Idrus, – “Pernah beranak tak? Ini masalah wanita!”. Isu seorang pendakwah yang mengatakan bahawa seorang suami itu ‘dayus’ apabila membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak sehingga aurat isteri terdedah nampaknya masih menjadi perdebatan di media sosial.
Kekeliruan dijawab UAI
Kenyataan pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah itu telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus apabila belum menyatakan yang tidak salah jika isteri bersalin disambut doktor lelaki kerana ia adalah satu darurat.
Penjelasan dipersoalkan semula
Namun begitu, perkara tersebut tidak terhenti di situ apabila Ustazah Siti Afifah tetap dengan pendiriannya dan mempersoalkan semula sama ada Ustaz Azhar Idrus pernah merasai pengalaman bersalin dan apa yang diperkatakan adalah masalah bagi seorang wanita.
Menerusi TikTok @m_hafizek yang memuat naik semula rakaman live dibuat oleh Ustazah Siti Afifah, pendakwah itu mengatakan yang meletakkan hukum dayus dan tanda-tanda dayus adalah Allah S.W.T.
“Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Saya seorang wanita yang mengalami pengalaman mengandung dan beranak. Ini masalah wanita tau ustaz! Masalah wanita!
Yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus adalah Allah Taala. Jadi, apa saya nak cakap dekat ustaz.. mungkin terlepas pandang.
Saya nak tanya sebagai ustaz apa komen bila dengar seorang doktor pelatih berkongsi pengalaman mereka menyambut wanita bersalin. Ustaz pernah ke duduk di tempat wanita bersalin?
Ustaz pernah ke rasa sakit beranak? Ya betul ustaz ada isteri. Tapi, pernah tak ustaz menjadi wanita yang beranak.” ujarnya.
Apa usaha para ulama?
Dalam pada itu, pendakwah wanita itu juga sempat bertanya apakah usaha yang dilakukan para ulama apabila melihat wanita-wanita dijadikan kajian oleh para doktor ketika melakukan tugasan mereka.
Dia turut mempersoalkan apakah tindakan para ulama dalam mempertahankan maruah seorang wanita setiap kali prosedur ketika bersalin dilakukan terutamanya dilakukan oleh doktor lelaki.
“Dalam masa sama, apa tindakan ustaz sebagai ulama melihat doktor membuat kajian kepada wanita dengan menyeluk, main-main dekat dalam (kemaluan) dan sebagainya.
“Apa ustaz perjuangkan selama ini? Tidakkah berasa ini sebagai tanggungjawab ulama dan ustaz? Mana jiwa kamu? Ini pasal maruah wanita. Jangan mudah nak halal haram.
“Apa usaha ustaz nak mempertahankan maruah wanita apabila suaminya di luar kemampuan? Apa usaha ustaz yang mempunyai pengikut ramai sampaikan kepada kerajaan bahawa wanita-wanita tidak reda dijadikan bahan kaji.
“Ustaz tau tak sakit dirodok di bawah (kemaluan) macam mana? Bukan seorang atau dua (doktor) yang masuk (kemaluan). Itu belum lagi tangan bukan Muslim. Tangan lelaki tau tak macam mana?” katanya lagi.
Video Ustazah Siti Afifah itu telah mendapat perhatian ramai dan warganet kembali berbalah mengenai topik tersebut di ruangan TikTok @m_hafizek.
@m_hafizek Replying to @s_yqjs ♬ original sound – MR H A F I Z E K
Bukan semua ada duit nak beranak di swasta
Walau bagaimanapun, kebanyakkan mereka kurang setuju dengan apa yang dikatakan oleh pendakwah wanita itu kerana doktor menjalankan tugasnya untuk memberikan bantuan serta menyelamatkan nyawa pesakit.
Mereka juga melakukan hal tersebut kerana tanggungjawab dan ia juga adalah situasi darurat andai tiada doktor wanita yang ada ketika proses bersalin.
Dia yang jatuhkan hukum dayus haritu
Haritu suruh tambah doktor O&G, tapi doktor pelatih nak belajar disalahkan
Banyak merepek la dia ni
Tak rasa ke apa dia cakap tu sakitkan hati orang
Ramai lagi pendakwah cakap macam UAI
BACA:
Kemalangan paling dasyat di Nilai
Asal usul Viagra yang ramai tak tahu
Amiruddin janji tak ambil gaji MP Gombak, sumbang dalam tabung komuniti
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio