“Ustaz Wadi Annuar perlu jelaskan sama ada tipu, lupa atau dikhianati?” – Dr Rozaimi

Oleh MHDAILY

“Ustaz Wadi Annuar perlu jelaskan sama ada tipu, lupa atau dikhianati?” – Dr Rozaimi.

Ustaz Wadi Annuar Perlu Jelaskan Sama Ada Tipu, Lupa atau Dikhianati?

Saya membaca kenyataan media Ustaz Wadi Annuar yang menafikan dia pernah dipelawa/dijemput/diajak oleh JAIPs untuk memohon tauliah mengajar agama negeri Perlis.

"Ustaz Wadi Annuar perlu jelaskan sama ada tipu, lupa atau dikhianati?" - Dr Rozaimi

Setelah bertanya kepada pihak JAIPs, mereka akui memang telah menjemput Ustaz Wadi Annuar untuk memohon tauliah sejak 2019 lagi. Lihat tarikh surat di dalam gambar di bawah ini.

Surat ini sememangnya sulit tetapi Encik Husam telah meletakkannya di FB beliau.

Jadi sekarang ini ada sekurang-sekurangnya 3 persoalan dan kemungkinan yang saya rasa Ustaz Wadi perlu jelaskan kepada netizen iaitu:

1. Adakah Ustaz Wadi Annuar menipu lalu dia nafikan JAIPs pernah jemput dia ambil tauliah sedangkan JAIPs memang ada jemput dia?

May be an image of text

2. Atau adakah Ustaz Wadi Annuar pelupa dan dia perlu tarik balik kenyataan media dia yang separuh masak ini? Lupa itu biasa kerana ada saja orang yang kata “saya baca tapi lupe”.

No photo description available.

No photo description available.

3. Atau adakah Encik Husam dapat surat ini lalu tidak bagi Wadi Annuar surat ini? Bak kata orang: Member buka surat member lepas itu sorokkannya dan buat diam?

May be an image of text

Jika benar persoalan ketiga ini, Ustaz Wadi Annuar kena minta surat ini dari En Husam. Tetapi perlu minta dengan beradab kerana Encik Husam adalah Ahli Majlis Penasihat MATIN. Betul tak ahli jemaah MATIN?

Mana satu yang betul dari persoalan dan kemungkinan di atas ini Ustaz Wadi Annuar perlu jelaskan kepada netizen untuk elakkan kekeliruan.

Terima kasih.

Dr Rozaimi Ramle

BACA:

‘Meninggal dalam husnul khotimah’, wanita ini temui ajal masa sujud ketika solat sunat

61 tahun makcik ini nama Hadiah, sekali terjumpa surat beranak asal rupanya ini nama sebenar..