Sempena sambutan Hari Natal, kebanyakan gedung beli-belah mula dihiasi dengan pokok-pokok Krismas dan dekorasi bertemakan perayaan ini.
Namun, persoalan sering timbul tentang hukum orang Islam bergambar bersama elemen seperti pokok Krismas dan Santa Claus.
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, memberikan penjelasan berhubung isu ini.
Menurut beliau, orang Islam dilarang meniru perbuatan orang bukan Islam dengan cara yang boleh menimbulkan salah sangka atau mengaburkan identiti agama mereka.
Pokok Krismas Tidak Haram, Tetapi Penggunaannya Boleh Jadi Haram
Beliau menjelaskan bahawa pokok Krismas itu sendiri tidak haram. Apa yang menjadi haram adalah apabila ia dihias dan digunakan semasa sambutan Hari Natal sehingga menimbulkan persepsi bahawa rumah kita adalah rumah penganut Kristian.
“Orang yang meniru sesuatu kaum, dia termasuk kaum itu,” ujar beliau, merujuk kepada hadis Rasulullah SAW.
Maksud hadis tersebut adalah jika seorang Muslim meniru amalan bukan Islam sehingga disangka sebagai penganut agama lain, ia menjadi haram.
@ceramah.ustaz33 Apakah hukum bergambar dengan pokok Krismas dan santa Clause #ustazazharidrus #uai #pokokkrismas #santaclause #halalharamdalamislam #kongsibersama #ilmuagama #reminderislamic #foryou ♬ suara asli – Allginanjar – allginanjar
Hukum Bergambar
Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus menegaskan bahawa bergambar bersama pokok Krismas, seperti di pasar raya bersama anak-anak, tidaklah haram. Namun, ia mesti dilakukan tanpa ada unsur pemuliaan terhadap simbol atau perayaan tersebut.
“Kalau bergambar di pasar raya dengan anak dekat pokok itu, ianya tidak haram. Tapi jangan memuliakan,” katanya.
Beliau juga mengingatkan umat Islam agar sentiasa beritikad bahawa apa-apa yang berkaitan dengan perayaan bukan Islam adalah batil dan tidak benar.
Kesimpulannya, umat Islam perlu berhati-hati dalam berinteraksi dengan simbol-simbol perayaan agama lain, agar tidak menimbulkan kekeliruan dan tetap menjaga akidah mereka.
BACA: “Orang luar tak perlu sibuk”… Awie ulas kenyataan mahu Wings kembali bersatu