Usia hampir 100 tahun tapi ingatan macam orang muda, nenek ini kongsi rahsia elak nyanyuk

Oleh MHDAILY

Menjangkau umur hampir 100 tahun, tingkah seorang warga emas yang begitu bertenaga tidak menggambarkan umurnya.

Ingatannya yang kuat walau telah lanjut usia menimbulkan tanda tanya akan apakah petua yang diamalkannya selama ini.

Membongkar persoalan warganet, cucunya berkongsi jawapan warga emas itu menerusi satu rakaman yang dimuat turun di aplikasi TikTok.

Menurut perkongsian video @doreentifani, neneknya itu menyatakan beberapa petua yang diamalkannya sebelum tidur.

Antaranya ialah membaca selawat ke atas Nabi Muhammad dan amalan yang disaran baginda Nabi iaitu membaca empat Qul.

Usia hampir 100 tahun tapi ingatan macam orang muda, nenek ini kongsi rahsia elak nyanyuk

“Nak tidur baca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, empat qul semua itu. Lepas itu baca Laqad Jaa Akum, selawat Ulul Azmi, syafaat Nabi, selawat Fateh.

“Baca itu kalau nak masuk tidur,” katanya ketika menjawab persoalan petua yang diamalkannya bagi bagi mengelakkan penyakit nyanyuk.

@doreentifani Replying to @Sarina Mamat Kia Rahsia Tokmek tak nyanyuk. #InspirasiRamadan #fyp ♬ original sound – doreentifani

Setakat ini, video tular yang dikongsikan cucunya itu telah ditonton oleh hampir 1 juta pengguna TikTok dan mendapat lebih 100,000 tanda suka.

Semoga pembaca dapat menerima manfaat daripada perkongsian warga emas itu. Jangan lupa baca empat Qul sebelum tidur ya!

Baca juga: Azmil Mustapha berhenti berlakon, Alya Iman dedah pesanan arwah ayah