RAMAI individu setia menunggu khabar berita tentang naik taraf lesen motosikal secara automatik daripada kelas B2 (bawah 250cc)
kepada lesen B penuh (B Full) semenjak idea itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Cadangan mengenai naik taraf lesen motosikal itu diumumkan pada Ogos 2023 di Pekan, Pahang dan Ahmad Zahid juga berkata perkara itu akan dibawa ke perhatian Kementerian Pengangkutan (MOT).
Dua bulan kemudian di Melaka, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aedy Fadly Ramli pula menyatakan JPJ akan memuktamadkan kajian naik taraf lesen motosikal untuk B2 kepada B pada akhir tahun 2023.
Katanya, perkara itu akan diselesaikan tahun itu juga tetapi tetap perlu menunggu keputusan MOT kerana melibatkan aspek dasar.
Awal Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan perkara itu masih di peringkat perbincangan termasuk kajian sedang dijalankan.
Pada bulan sama, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, pihak Kerajaan sedang mencari mekanisme untuk mempercepatkan pelaksanaan cadangan naik taraf lesen motosikal Kelas B2 kepada B penuh secara automatik.
Hari ini soalan mengenai mekanisme naik taraf lesen secara automatik dibangkitkan semula semasa sidang media selepas tamatnya mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) di Kuala Lumpur.
Loke memberi jawapan ringkas iaitu:
“Nanti saya akan umumkan.”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio