Umur tak sampai 40, belia bangsa cina punyai simpanan KWSP cecah ratusan ribu ringgit

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Setiap individu yang bekerja di Malaysia diwajibkan untuk mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan untuk persaraan mereka kelak.

Namun, persoalan timbul tentang seberapa besar simpanan individu di negara ini, memandangkan laporan sebelum ini

mendedahkan bahawa lebih 6 juta ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan di bawah RM10,000.

Melalui akaun TikTok @MrMoneyTV, dia telah berkongsi sebuah video menemu ramah golongan muda berbangsa Cina

Di tempat kerjanya mengenai simpanan peribadi mereka di KWSP setakat ini.

Umur tak sampai 40, belia bangsa cina punyai simpanan KWSP cecah ratusan ribu ringgit

Apa yang mengejutkan ramai penonton adalah rata-rata mereka memiliki simpanan mencecah ratusan ribu ringgit dalam akaun KWSP masing-masing.

Purata simpanan mereka bermula dari RM100,000 hingga RM300,000, dan hanya sebahagian kecil yang mendakwa mempunyai simpanan RM15,000 dan ke bawah.

Faiz Azmi on X: "Harap gambar ni boleh memberi kesedaran kepada geng  #kwsphakkami. Kenapa orang Cina sangat kurang penurunan median simpanan  ahli KWSP bawah 55 tahun terutama sekali berbanding dengan orang Melayu?

Untuk menguatkan lagi dakwaan mereka, salah seorang daripada mereka menunjukkan jumlah semasa simpanan yang mencecah enam angka melalui aplikasi KWSP.

Di dalam video itu, majoriti daripada mereka mengakui bahawa tanpa caruman KWSP yang diwajibkan, adalah mustahil untuk memiliki simpanan persaraan sebanyak itu.

Di akhir video, pencipta konten kewangan tersebut gembira dengan perkembangan ini kerana semakin ramai rakyat Malaysia menyedari kepentingan perancangan kewangan untuk persaraan mereka.

Perkongsian video tersebut jelas meraih perhatian netizen, dan ramai yang meluahkan rasa terkejut dengan jumlah simpanan yang besar di dalam akaun KWSP milik golongan muda berbangsa Cina.

Sebahagian netizen yang lain pula mengeluh tentang gaji yang rendah, yang menyukarkan mereka untuk membuat simpanan sebanyak itu, walaupun telah bekerja dalam jangka waktu yang lama.

BACA: ‘Alhamdulillah anak-anak tak mencari..’ Bella Astillah buka rahsia Aliff Aziz